Presiden Parti PAS Anwar Ibrahim ?







Bila baca suratkhabar Harakah, Bila baca Harakah Daily, rasa macam bukan baca media PAS. Rasa dah macam baca media Keadilan. Semuanya cerita pasal Anwar, fatwa itulah, fatwa inilah, semuanya bagi mempertahankan si Anwar.

Apa cerita Hadi Awang? Apa cerita Hudud? Apa cerita perjuangan PAS?

Perjuangan PAS kini ialah ingin menyelamatkan tengkuk Anwar. Kenapa ye?
Mungkin kerana PAS sendiri dah hilang arah tuju. Dah tak tau nak buat apa untuk meraih sokongan rakyat. Kalau tak ada sokongan macam mana nak memerintah?

Eh boleh ke PAS perintah negara? tau ke PAS selok beloknye?
Tak apa..Anwar kan ada, dia ada plan tu, kita ikut je bontot dia, nanti dah menang, pepandailah kita nak bagitau pengikut kita.

Lepas tu kita buanglah si Hadi, Biar Anwar jadi presiden PAS, alah..kita suruh Tuan Guru Nik Aziz iktiraf Anwar sebagai Ulama Pemberian Tuhan kepada Malaysia...senang...

Janji dapat memerintah negara. Lepas tu kita kenakan balik DAP. Kita tikam belakang Karpal. Sekarang ni kita diam je..kita selamatkan Anwar dulu. Dia yang paling penting untuk PAS sekarang.



Para pengikut PAS, terpulanglah kamu semua. Sekarang PAS punya perjuangan dah menjurus ke arah Anwar Ibrahim. Dia dulu pun bekas Barisan Nasional. Kelakar pulak rasanya, PAS bakal dipimpin oleh bekas Barisan Nasional. Kaki liwat, Kaki Pelacur, Kaki Dangdut. Tak apa..PAS tetap perjuangkan ajaran Islam yang sebenar....

Nik Aziz Layan Video Lucah !





Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.
Nik Aziz berkata, pemimpin atau tokoh yang mempunyai gelaran sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain.
“Mereka ini diberikan gelaran sedemikian rupa dengan harapan boleh membimbing rakyat, tapi apa yang berlaku adalah ­sebaliknya.
“Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­agama,” katanya.
Pelik betul la Tuan Guru ni..sepatutnya orang yang dalam video lucah itu yang dikritik, tetapi orang yang membongkar kegiatan tak bermoral itu yang dikritiknya. Tuan Guru ni memang dah bermasalah, fikiran dah tak rasional lagi. Adalah bijak kalau Tuan Guru Nik ni berundur je daripada politik.
Nampak sangat berat sebelahnya. Anwar yang liwat, Anwar yang main Pelacur, Kerajaan yang dipersalahkan. Tak ke pelik? Adil ke tu?
Kalau betul la Kerajaan ni kejam sampai nak reka video untuk gulingkan Anwar, kenapa video Tuan Guru Nik tak ada sekali. Rasanya lagi berkesan kalau buat macam tu kan?

Tapi rasanya yang ni pun memang tulen kan Pak Nik?

Publish Post







Hadi Awang : Tak Perlu Suruhanjaya Diraja Siasat !


Suruhanjaya Diraja tidak diperlukan, itu semua mengarut !

Itulah kata-kata yang terpacul daripada Tuan Guru Hadi Awang. Dia tak mahu diwujudkan Suruhanjaya Diraja yang akan menyiasat video seks Anwar Ibrahim.

Mengarut? rasanya Tuan Guru Hadi ini dah nyanyuk kot..seharusnya dia adalah orang yang lebih mengetahui kepentingan Suruhanjaya Diraja di dalam kes ini. Ini pula dikatakan mengarut? siapa yang mengarut ni?

Ketika kes Teoh Beng Hock, Tuan Guru Hadi, Pemuda Pas dan Pemuda PR masing-masing dengan kuat melaungkan supaya tubuhkan Suruhanjaya bagi menyiasat kematian Teoh. Ini menunjukkan mereka mengakui kepentingan suruhanjaya dalam siasatan.

Tapi kini, dah tukar jadi mengarut? Suruhanjaya mengarut? Penulis pun pening dengan keadaan ini.

Nampak sangat Hadi cuba menyembunyikan sesuatu..
Nampak sangat Hadi takut akan sesuatu..
Nampak sangat Hadi punya fikiran dah tak rasional...

Adakah Hadi sendiri sudah tau sememangnya Anwar Ibrahim yang ada di dalam video tersebut. Dan demi kepentingan kuasa dan politiknya, dia sanggup bersubahat dengan Anwar Ibrahim, bersama-sama menolak penubuhan Suruhanjaya Diraja..

Rakyat Malaysia ini bukannya bodoh ! Kami tahu mana yang betul dan mana yang tidak !

Amaran buat Hadi Awang ! Jangan perbodohkan rakyat !

Kami menyokong penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes video seks Anwar !!

Kami mahukan Kebenaran !!

Apa yang bakal terjadi jika Anwar jadi PM ?



Parti Pakatan Rakyat jelas mempunyai pakatan antara satu sama lain yang begitu teguh. Demi bakal pemimpin utama mereka Anwar Ibrahim, mereka sanggup melakukan apa sahaja. Walaupun imej Anwar Ibrahim lebih dikenali dengan imej peliwat tegar, pelanggan pelacur namun bagi mereka Anwar tetap layak untuk menerajui Pakatan Rakyat.

Ternyata barisan kepimpinan Pakatan Rakyat tiada seorang pun yang sehebat dan selicik Anwar Ibrahim.

Nak harap Khalid ? tengok pun dah macam pemimpin yang tak tau apa-apa. Janji dapat kuasa sudah...

Nak harap Lim Kit Siang? mana mungkin si tua tengah tunggu masa ni dapat memerintah Malaysia. Orang melayu tidak akan sekali-kali membenarkan orang bukan melayu yang menjadi perdana menteri.

Nak harap Tuan Guru Hadi Awang? Dia tau guna hadis dan fatwa je..kalau masuk bab ekonomi negara...boleh jadi muflis Malaysia dalam masa kurang dari setahun ! Orang bangsa asing pun tak akan terima dia ni jadi Perdana Menteri..





Nak harap Tuan Guru Nik Aziz? alamatnye jadi macam ni lah nanti....



Jangan Berat Sebelah ! Islam Kena Adil !


Dalam Islam, kita kena adil dan saksama apabila memerintah sesebuah negara. Keadilan amat dituntut di dalam Islam. Maka diwujudkan undang-undang. Bagi panduan kepada seluruh umat manusia agar berlaku adil sesama manusia.

Bagi PAS dan barisan kepimpinannya tidak boleh bersikap berat sebelah atau buyers mengenai sesuatu perkara. Setiap isu, setiap kesalahan harus dipastikan saksi, bukti, yang ada bagi memenuhi syarat-syarat menjatuhkan hukuman kepada yang tertuduh.

Bila kerajaan dituduh, PAS merupakan barisan pertama yang akan bersuara lantang. Kononnya ingin menegakkan kebenaran. Menggesa pihak yang berkuasa untuk menjalankan siasatan, lalu bertindak. PAS suruh tubuhkan suruhanjaya siasatan untuk memastikan segala proses dijalankan dengan adil tanpa mengenepikan apa-apa fakta. PAS akan mengeluarkan fakta, fatwa dan hadis hasil daripada nukilan Tuan Guru Nik Aziz dan menggunakan pernyataannya bagi memerangi pihak kerajaan.

Bila masa presiden MCA didapati bersalah dengan skandal seks, PAS dengan lagaknya menyalahkan Kerajaan, tak pandai pilih pemimpin. Dalam laman web Harakah, macam-macam cerita, fatwa, hadis dikeluarkan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak menjalankan tugasnya.

Tapi bila Anwar Ibrahim sendiri yang terlibat dengan skandal seks? dengan video seks? apa reaksi PAS?

Hilang taring mereka, hilang segala fatwa mereka. Terus menuduh kerajaan tanpa sebarang bukti, terus menolak bukti yang ada demi kepentingan politik mereka.

Belum pun tengok video tu, dah kata palsu.
Belum pun tau siapa yang punya angkara video tu, dah kata kerajaan yang buat.

Jatuh hukuman sebelum dibicarakan..ini ke hukum islam yang PAS perjuangkan? Ini ke bentuk pentadbiran mereka jika PAS memerintah Malaysia?

Penulis menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia.

Demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum !
Demi perpaduan rakyat
Demi kemajuan negara
Demi anak-anak kita

Bersama kita tolak Parti PAS yang ternyata PALSU !

Bersama kita menyokong BARISAN NASIONAL !!

PAS : Pelindung Anwar Selamanya


Nampaknya PAS pula menjadi kuda tunggangan Anwar Ibrahim. PAS sekarang terlalu sibuk untuk mempertahankan Anwar Ibrahim mengenai isu Video Seksnya yang dipaparkan kepada media semalam.

Mahfuz Omar pun sekarang dah bijak IT. Dia memang pakar dalam mengenali video yang di superimpose. Katanya lelaki di dalam video itu bukan Anwar, itu superimpose.

Jangan buat spekulasi lagi, suruh je Anwar bawa kes ini ke mahkamah. Sehebat mana pun superimpose tersebut, tetap ada cara untuk mengetahui kebenarannya. Superimpose tetap akan ada kelemahan kekal yang tak boleh diubah walau bagaimana cara sekalipun.

Para pengikut taksub PAS juga ramai dari golongan bijak pandai IT. Jadi mesti tahu apa yang penulis maksudkan.. Kita selesaikan di Mahkamah, dan dari situ kita boleh lihat siapa yang fitnah siapa.

Kes DNA belum lagi selesai. Dah timbul kes Video Seks. Tiada lagi ruang untuk Anwar menunjukkan belangnya. Mungkin akan ada lagi kejutan selepas ini??

Bob Lokman bertaraf Ulama ??


Kalau dulu dikenali sebagai pelawak yang tak berapa nak lawak la. Penulis dari dulu lagi tak faham, mana yang lawaknya kat Bob Lokman ni. Paling tertekan bila tertengok satu show RTM dia dulu. Tak ingat apa tajuk dia tapi setiap kali dia buat lawak dia akan ketuk deram.. Tak faham la saya..tak gelak pun..terus tukar siaran.

Sekarang dengar kata dah duduk serata dengan ulamak hampir maksum, Nik Aziz. Dah boleh beri ceramah si bob ni sekarang. Tak lama lagi dapatlah belajar cara nak bagi fatwa kat pengikut-pengikut.

Lagi satu yang penulis pelik, perubahan ketara bila Bob masuk PAS. Masa dalam raja lawak, tengok dahi dia ok je..tapi bila masuk PAS..dahi terus jadi hitam.

Agaknya berapa lama dia hantuk kepala kat sejadah tu hanya untuk nampak warak??

Kini BOB dengan lantang menegur para rakan artis nya. Seolah-olah macam mereka hidup dengan hasil wang haram dengan kerja sebagai artis.

Ini baru mukadimah je...dah nak tunjuk orang haram dan halal ikut pandangan dia. Tunggu lama sikit la..tak lama lagi boleh banding Bob dengan Al Qaradawi pulak.

Penerangan Mengenai Hukum Hudud


Dah naik jemu dengar laungan pengikut taksub PAS mengenai Hukum HUDUD ini. Seringkali mereka memaki dan mencaci pihak Kerajaan kerana tidak mengamalkan undang-undang Islam.

TIDAK MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG ISLAM !

Mereka ini sedar tak apa yang mereka cakap ni. Bila masa kerajaan kita tidak mengamalkan undang-undang islam.

Negara-negara Islam yang lain tidak banyak bezanya jika dilihat dari segi perundangannya. Malah sejak wafatnya Rasulullah SAW, perundangan Islam telah melalui pelbagai perubahan mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Sebagai seorang yang kononnya berjuang demi agama, pengikut taksub PAS harus memahami sejarah Perundangan Islam, dan bukannya hanya mengikut sahaja kata-kata Ulama' terkenal mereka. Laungan kerajaan menolak hukum Allah SWT adalah tidak berasas sama sekali.

Perubahan perundangan Islam ini boleh kita kategorikan di dalam 2 bahagian.

1. Shari'ah (Peraturan/Perundangan yang termaktub di dalam Al-Quran)
2. Fiqh ( Perundangan yang lebih terperinci mengikut kajian dan pandangan ahli sunnah dengan berpandukan Al-Quran. merangkumi perkara yang melibatkan kehidupan seseorang, pengurusan pentadbiran negara, politik negara, aspek kekeluargaan.

BAGAIMANA DENGAN HUDUD?

Hudud merupakan hukuman bagi sesetengah jenayah berat. Tetapi hukuman bagi sesuatu jenazah dikategorikan kepada 3

1. Hudud
2. Qisas
3. Ta'zir

Hudud adalah untuk jenayah seperti Bunuh,Mencuri, Zina, Minum Arak, khianat, Lanun, Rasuah. Untuk menentukan kesalahan tertuduh beberapa perkara harus dipastikan seperti Saksi, Pengakuan mangsa, Bukti bertulis yang ditinggalkan mangsa, Bukti bertulis yang diakui sendiri oleh tertuduh sebagai kepunyaannya. Kesemua ini harus dipastikan kesasihannya dahulu barulah tertuduh boleh dibicarakan dan seterusnya dihukum atas kesalahan tersebut.

Apa yang menjadi kesulitan, ada juga mazhab yang berpendirian si penuduh tiada hak untuk masuk campur ketika perbicaraan dijalankan. Malah ada juga yang berpendirian testimoni si penuduh tidak akan diterima jika penuduh itu merupakan mangsa kes.

Pendirian yang berbeza diantara 4 mazhab utama ini merupakan satu kesukaran dalam menentukan sesuatu kesalahan apatah lagi ingin menjatuhkan hukuman. Adalah mustahil untuk membuktikan sesuatu jenayah berlaku jika tiada saksi. Ini yang menjadikan si tertuduh akan dilepaskan daripada tuduhan kerana tiada saksi. Perkara ini boleh dikaji melalui kes Zina. Jika tiada saksi yang mencukupi maka tiada perbuatan zina.

Dengan itu Negara-negara Islam dari dulu sehingga kini telah pun mengkaji cara perundangan terbaik dengan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan. Apa yang lebih penting daripada menghukum adalah usaha menghindar perbuatan jenayah. Maka hukuman yang ada pada hari ini adalah bertujuan untuk peringatan kepada rakyat agar tidak mendekatkan diri dengan jenayah.

Ini dapat dilihat melalui terjemahan ayat Al Shura : 42:40 bermaksud : Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

Soal Syurga Neraka Milik Allah SWT bukan Milik Nik Aziz !


Tan Sri Dr Harussani menyatakan bahawa benda yang tiada di dalam kekuasaan kita, tidak boleh kita tentukannya. Sama seperti soal Syurga dan Neraka. Itu hak Allah SWT dan bukan manusia kerana semuanya bergantung kepada keampunan dan keredaan Allah SWT.

Hal Syurga dan Neraka ini bukan milik Nik Aziz, dia apa dia tau. Merepek saja pandai. Macam dah nyanyuk je penulis tengok. Sesuka hati mengkafirkan orang islam, melabelkan orang islam itu masuk syurga..yang ini masuk neraka.

Jika sembahyang setiap hari sampai dahi pun jadi hitam macam Bob Lokman yang tiba-tiba dahi terus jadi hitam bila masuk PAS, kalau solat tak diterima Allah SWT, tak masuk syurga juga. Siapa yang tentukan solat diterima atau tidak? Nik Aziz? kalau itu lah jawapannya, kita dah tau yang mana pengikut syirik dan yang mana bukan.


PAS Semakin Terdesak untuk meraih sokongan !

Usaha Kerajaan Barisan Nasional dalam membantu para pelajar Mesir untuk pulang menyambung pelajaran nampaknya mendapat impak yang besar di kalangan rakyat Malaysia. Ini jelas menunjukkan keperihatinan pihak kerajaan terhadap rakyat. Jumlah RM50 Juta telah digunakan sepanjang proses membawa pulang pelajar ke Malaysia dan juga penghantaran pelajar kembali ke Mesir. Terima kasih kepada pihak-pihak yang saling bantu membantu di dalam usaha murni ini. Jelas perpaduan yang erat sesama kita memungkinkan pencapaian dan kejayaan dalam apa jua usaha.

Tetapi nampaknya masih ada pihak yang iri hati dengan usaha murni pihak kerajaan. Suara-suara sumbang yang dengki dan tidak berpuas hati selalu didengari melalui celah-celah pemimpin serta penyokong tegar PAS. Segala usaha kerajaan tidak langsung diendahkan, malah pemimpin kita dicaci dan dihina.

Ternyata perkara ini berpunca daripada kerisauan, dan ketakutan pucuk pimpinan parti PAS kerana hal ini jelas menunjukkan perubahan peningkatan peratus sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Dengan keputusan tewas bergaya Parti PAS di Pilihan Raya Kecil membuatkan pucuk pimpinannya tidak senang duduk. Mereka risau jika negeri yang mereka tawan akan kembali ke pihak Barisan Nasional di Pilihan Raya Utama 13 nanti.

Kini mereka telah pun melancarkan serangan balas tanpa henti terhadap Barisan Nasional. Maka keluarlah segala fitnah terhadap pemimpin negara. Malah pengeluaran Fatwa sesuka hati oleh Ulama' mereka juga digunakan sepenuhnya bagi mengelirukan rakyat Malaysia. Yang terbaru, mereka telah pun menghantar wakil mereka ke Mesir bagi memberi sedikit bantuan kewangan. Mengikut maklumat, seramai 200 pelajar telah menerima bantuan tersebut. Kesasihan berita ini tidak dapat dipastikan.

Semestinya peluang ini digunakan PAS untuk menyampaikan ceramah atau dakwah fitnah mereka kepada pelajar di sana terhadap kerajaan Barisan Nasional. Semestinya segala hadis, dan fatwa daripada Tuan Guru Nik Aziz diguna pakai bagi mengiyakan dakwaan-dakwaan yang tidak benar oleh PAS kepada kerajaan. Jelas kini mereka telah terdesak untuk mencari sokongan rakyat sebelum tibanya PRU ke 13 nanti.

Tetapi penulis yakin, Barisan Nasional tetap akan memenangi PRU13 dengan kejayaan yang besar. InsyaAllah.

Judi DiHalalkan Di Selangor. Apa Komen Nik Aziz ?


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri termasuk barisan Exco tidak pernah mengadakan perbincangan untuk melarang sebarang perniagaan judi termasuk nombor ramalan di Selangor seperti mana yang dilakukan di Kelantan ketika ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Kerajaan Negeri sama ada bersedia mengharamkan perniagaan judi di negeri ini seperti mana yang dilakukan di Kelantan di bawah pentadbiran Pas.

Macam mana ni? Pakatan Rakyat tak sefahaman nampaknya. Khalid cakap Judi ok, Nik Aziz cakap tak ok. Yang mana satu ni? cakap siapa patut Pakatan Rakyat dengar? Ulama' ataupun Khalid?

Mana yang dikatakan sepakat? Tak nampak pun perpaduan diantara 3 parti ini.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan PAS Kelantan supaya menarik balik pengharaman judi atas alasan aktiviti itu dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-undang Kerajaan Persekutuan termasuklah di Kelantan sendiri.

Karpal Singh pun tak puas hati. Ketiga-tiga parti tak sehaluan. Macam mana nak bersatu? boleh ke mereka ni teraju negara?

Apa pula komen Ulama' Tersohor Tuan Guru Nik Aziz dalam perkara ini? Jawab la..Ulama' kena adil dan saksama. Kalau cerita Barisan Nasional, cepat betul Nik Aziz komen dalam Harakah, dalam Facebook. Apa tunggu lagi. Sila beri komen wahai Tuan Guru...

Ini ke jenis orang yang nak jadi PM kita??


Apa dalam Malaysia ni dah teruk sangat ke, takde calon lain yang sesuai jadi Perdana Menteri daripada Si hentam 2 alam sekaligus ni?

Nampak sangat betapa terdesaknya Pakatan Rakyat untuk mendapat kepercayaan pengundi sehingga terpaksa menggunakan populariti Anwar Ibrahim untuk tarik perhatian. Ye lah..di mata jahil mereka, siapa lagi yang kononnya berkarisma dan layak untuk jadi PM kalau tak bekas Timbalan Perdana Menteri ni..

Tuan Guru Hadi ?
Lim Kit Siang?
Lim Guan Eng?
Karpal Singh?
Tuan Guru Nik Aziz?

Lihat balik calon terkenal di atas...tengok betul-betul...

1. Nak ke DAP bagi Hadi jadi PM? - Dengan usaha untuk mewujudkan negara islam dengan perlaksanaan Hukum Hudud. Lesen Judi terpaksa diharamkan jika betul-betul nak ikut Negara Islam yang diperjuangkan PAS.

2. Nak ke PAS bagi Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang jadi PM? - Tengok apa jadi kat Pulau Pinang sudah..Bagaimana rakyat melayu dilayan seperti melayu Singapura. For Sure lesen judi akan dikeluarkan lebih banyak daripada sekarang. Dan apa PAS dah gila ke nak biar Orang Bukan Melayu @ Islam jadi PM?

3. Tuan Guru Nik Aziz jadi PM? Biar betul...pengundi melayu sendiri dah mula was was dengan keadaan stabiliti dia ni. Dengan mudah keluarkan fatwa sesat, bila ditegur boleh pulak tanya kita bila masa dia cakap? Dengan keadaan tak stabil macam ni...mana boleh jadi PM..

4. Si Karpal Singh?? Kalau dia ni la yang para pengundi mahukan jadi PM, saya sendiri dah tak tahu apa nak cakap...

Jadi siapa yang tinggal? siapa yang berkebolehan? siapa lagi yang popular?

Ha ! Ini dia ! Si pemain barisan belakang, dan berkebolehan bermain apa jua posisi. Malah berupaya melawan sehingga 4 orang sekaligus ! Memang power...ini mesti berkat doa-doa pemimpin PAS, sampai begitu hebat tenaganya!

Eh..Tuan Guru Nik Aziz paling sayang si Al Juburi ni..tak percaya? sila lihat Nik Aziz : Anwar Paling Layak Jadi PM

Anwar Ibrahim Al Juburi juga dikenali sebagai pengkhianat bangsa, sanggup menjual Negara demi kepentingan diri. Siapa tak kenal ANWAR IBRAHIM. Calon utama pengundi Pakatan Rakyat. Baru dua hari lepas kisah mengenai dia cuba melanggan sehingga 4 orang gadis sekaligus! Hari ini beliau cuba melarikan perhatian pengundi tegar Pakatan Rakyat dengan angan-angannya untuk menawan Putrajaya.

"Mana-mana pemimpin yang ada kepentingan diri, Keluar dengan segera kerana kita memerlukan gerak kerja yang kukuh dan yakin dengan Pakatan Rakyat bagi menawan Putrajaya!" katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Sama juga ketika beliau cuba membuat onak dengan angan-angannya mengenai 16 September. Ha Siapa boleh lupa tarikh tu. Para penyokong tegar Pakatan Rakyat paling ingat tarikh itu. Tarikh dimana Anwar Ibrahim ditabalkan menjadi Perdana Menteri...Habis satu dunia kena tipu dengan Si Al Juburi ni...yang lain pergi percaya siapa suruh? Segala benda nak percaya...kena sokong sikit dengan fatwa entah apa entah..terus percaya bulat-bulat!.



Tapi kini rakyat Malaysia lebih mengetahui, lebih bijak dalam memilih pemimpin yang boleh membawa kemajuan, kesejahteraan untuk negara. Dengan masyarakat majmuk yang aman damai, Barisan Nasional telah membuktikan keberkesanan dalam meneraju negara sehingga kini.

Kami rakyat Malaysia sentiasa menyokong perjuangan Barisan Nasional !!

PAS DALAM KETAKUTAN. NAK MENGALAH ?


Melihat rencana daripada Harakah pada hari ini, nampaknya situasi PAS selepas pilihan raya semakin hari semakin buruk. Setelah kekalahan mereka di dalam pilihanraya kecil berturut-turut kini pucuk pimpinan PAS meminta agar mereka mempertimbangkan pembabitan mereka dalam sebarang pilihan raya kecil yang akan datang.

Akibat daripada kemerosotan sokongan undi pada Pilihanraya Kecil yang lepas, mereka merasakan tiada gunanya untuk mereka bertanding dengan Barisan Nasional. Kemerosotan ini dapat dilihat melalui statistik jumlah peratus undi yang mereka dapat telah merosot dengan mendadak sebanyak lebih dari 7%.

Kini para pengundi tidak lagi mempercayai mereka berikutan perubahan perjuangan islam yang dulu dilaung-laungkan tetapi kini demi kemenangan mereka sanggup bersepakat dengan DAP.

Pengundi Melayu khususnya sudah tidak mempercayai PAS lagi. Sebuah parti yang tidak mempunyai pendirian yang tetap, boleh berubah mengikut arus semasa. Bagi pengundi Cina, mereka tetap tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan PAS di Kelantan yang sewenang-wenangnya menutup operasi judi di Kelantan, sedangkan pusat itu mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan.

Hanya kerana khuatir akan menerima kekalahan lagi, PAS dilihat seakan-akan merajuk sehingga ingin menarik diri daripada pilihan raya. Adakah ini contoh parti yang kita mahukan untuk menerajui negara? Ternyata PAS lebih pentingkan kemenangan daripada kepentingan rakyat. Demi kemenangan apa sahaja boleh dilakukan, apa cara sahaja dikatakan halal asalkan mereka mendapat kemenangan. Tetapi setelah kalah dalam pertarungan kecil..mereka cepat berputus asa, meninggalkan pengikut-pengikut mereka terkontang kanting tanpa arah tuju.

Demi kemajuan negara, kebajikan rakyat, undilah BARISAN NASIONAL !!

A Doctor In The House - Tun Mahathir



Teruja penulis apabila dapat bertemu Tun Mahathir semalam ketika pelancaran buku terbaru tulisan beliau " A Doctor In The House " yang diadakan di Mid Valley.

Diantara isu menarik yang dikupas di dalam penulisan tersebut ialah
Kontroversi Kelakuan Seks Sumbang ANWAR IBRAHIM. Dimana Tun Sendiri telah mengadakan pertemuan dengan 4 orang gadis yang terlibat di dalam skandal seks sumbang tersebut.

Difahamkan gadis-gadis tersebut telah dibawa berjumpa seorang tokoh politik yang mereka kenali sebagai Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu iaitu ANWAR IBRAHIM oleh seorang lelaki india dipanggil NALLA, yang mana penulis anggarkan ianya Datuk K.S Nallakarupan.


Di sana mereka berempat telah diarahkan untuk membuka pakaian masing-masing bertujuan untuk mengadakan seks, dimana hanya dua daripada mereka yang sanggup. Namun ketika temuramah dijalankan, mereka tidak mahu menjadi saksi di mahkamah, tetapi tiada masalah jika ingin membuat laporan polis.

Sebagai tindakan susulan TUN Mahathir sebagai Perdana Menteri pada ketika itu telah memanggil ketua-ketua UMNO termasuk Menteri-Menteri Besar, dan Ketua Menteri ke Sri Perdana untuk memaklumkan perihal perlakuan seks songsang Anwar Ibrahim serta gambar-gambar saksi kejadian itu.

Apa yang memeranjatkan ialah jawapan daripada Anwar Ibrahim sendiri ketika diminta memberikan alasan perbuatan tersebut. Anwar Ibrahim mengatakan yang beliau tidak melakukan sebarang kesalahan luar biasa. Dimana katanya semua termasuk ahli Majlis Tertinggi juga melakukan perkara yang sama.

Ini jelas menunjukkan Anwar Ibrahim tidak "menidakkan" pertuduhan tersebut. Ini boleh dianggap sebagai pengakuan di hadapan mereka yang hadir ketika itu.

Tun Mahathir menulis lagi, dimana pertama kali beliau dimaklumkan mengenai perlakuan homoseksual Anwar Ibrahim adalah pada awal tahun 1990 oleh Ketua Polis Tun Hanif Omar.

Pihak polis terus memerhatikan aktiviti Anwar Ibrahim. Tun juga menerangkan walaupun beliau boleh mengarahkan pihak polis untuk berhenti menyiasat, beliau tidak rasa pihak polis akan berhenti setakat itu sahaja.

Dengan adanya buku terbaru Tun Mahathir, A Doctor In The House, Kini mana lagi ANWAR IBRAHIM nak sembunyi, nak berpura-pura dengan para penyokongnya? Para pengikut taksubnya selama ini akan lebih mengetahui kisah selanjutnya mengenai skandal seks songsang tersebut. Banyak perkara-perkara baru yang akan mereka ketahui. Anwar Ibrahim akan jadi tak senang duduk lepas ni.





Filem Sila Pandang Belakang - Lakonan PAS, DAP, KEADILAN !


Kekalahan berturut-turut Parti Pakatan Rakyat baru-baru ini, jelas menunjukkan rakyat tidak lagi mempercayai sandiwara mereka. Berbeza dengan Barisan Nasional yang telah lama menerajui negara ini dalam keadaan politik parti yang aman, damai dan bersatu padu.

Pakatan Rakyat hanya mampu berlakon di hadapan rakyat, lakonan untuk menunjukkan perpaduan mereka boleh menggugat Barisan Nasional. Sedangkan hakikatnya, ketiga-tiga parti ini masih tidak dapat bersatu, tidak serasi diantara satu sama lain. Ketiga tiga parti ini mempunyai agenda masing-masing.

Malah dapat dilihat mereka terpaksa mendapatkan bantuan daripada seorang pelakon, pengarah, pelawak yang terkenal bagi membantu mereka dalam mengajar mereka akan ilmu lakonan yang berkesan.

Penulis hairan..Bagaimana yang dikatakan bersatu jika ketika pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau, Si pemain barisan belakang "Anwar Ibrahim" tidak disenangi mereka ketika beliau turun padang untuk berkempen bersama-sama mereka. Malah ada yang menasihatkan agar Anwar Ibrahim balik sahaja, dan jangan berkempen di Kerdau dan Merlimau. Jelas kelihatan ketakutan mereka akan kehilangan undi daripada bangsa melayu.

Bukan itu sahaja. Untuk parti Pakatan Rakyat, adalah menghairankan sehingga kini tiada bendera rasmi digunakan bagi melambangkan perpaduan ketiga-tiga parti ini. Ketika kempen berlangsung, bendera PAS, DAP dan Keadilan digunakan. Rasanya itu sudah dikira pembaziran. Apalah salahnya jika mereka dapat keluarkan satu bendera yang mewakili perpaduan mereka.

Mungkin ini adalah perkara remeh bagi mereka, tetapi jika perkara sekecil ini pun mereka tidak dapat mencapai kata sepakat, inikan pula isu-isu yang lebih besar?

Harga Barang Naik. PAS nak jadi Pemerhati ?


Semalam di Parlimen menyaksikan Perasmian Pembukaan Penggal Ke4 Parlimen. Dirasmikan oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seri Paduka bertitah, agar rakyat menjadi pengguna bijak dalam berbelanja, memandangkan tidak lama lagi harga barangan keperluan harian akan meningkat. Baginda bertitah lagi, perkara ini adalah disebabkan faktor Pemanasan Global, Bencana Alam, Peningkatan penduduk dunia dan faktor perubahan polisi negara-negara pengeluar.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga telah menyatakan harga barangan makanan dunia telah meningkat dan diantaranya ialah harga Tepung, Gula, Kopi, Beras dan banyak lagi. Mengikut analisis mereka, pengguna akan dapat melihat lonjakan harga bermula daripada 5% hingga ke 7% hasil daripada kenaikan ini.

Pada masa yang sama, Parti PAS menyuarakan mereka akan menjadi pemerhati bagi pihak rakyat. PAS ingin memastikan rakyat tidak terbeban di atas masalah kenaikan harga barangan ini. PAS bercadang ingin mencadangkan perkara-perkara yang boleh memperkemaskan subsidi kerajaan.

Penulis berharap agar Parti PAS benar-benar memahami akan krisis harga barangan keperluan pada masa ini. Hal ini kerana, sebelum pilihan raya kecil N.27 dan N.28, melalui kempen-kempen parti PAS, harga barangan menjadi satu isu dalam menghasut agar rakyat tidak mengundi Barisan Nasional.

Jelas dari titah Tuanku Mizan, perkara kenaikan harga ini berlaku di seluruh dunia. Bukanlah sesuatu yang luar biasa ianya berlaku di negara kita. Dan jelas daripada titah baginda, diantara penyebab-penyebab kenaikan harga ini berlaku, Kerajaan Barisan Nasional bukanlah penyebabnya sehingga boleh dituduh kerajaan sewenang-wenangnya menaikan harga barangan setelah pilihan raya.

Ini adalah lagi satu cara Parti PAS cuba mengelirukan rakyat dalam perjuangan politik mereka demi kepentingan mereka sendiri.