Nik Aziz : Anwar Pemimpin Islam. Sokong Anwar Masuk Syurga !


Hari ini Nik Aziz menyatakan kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar memohon maaf kepada Anwar Ibrahim kerana mereka mempercayai fitnah mengenai Kes Liwat dan Isu Video Seks.

“Dosa orang yang buat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf dengan Anwar, itupun kalau Anwar bagi.”

Malahan Nik Abdul Aziz juga berhujah bahawa, kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam adalah faktor kemaraan politiknya disekat kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) yang khuatir kehilangan kuasa.

Apakah yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim sehinggakan mampu menundukkan Ulama Termasyhur PAS seperti Nik Aziz bagi menjaga kepentingan beliau? Dengan tindak tanduk Nik Aziz yang terbaru ini, perjuangan PAS dilihat semakin hari semakin jauh tersasar daripada perjuangan asal mereka.

Apa istimewanya Anwar pada PAS sehinggakan mereka kini dilihat lebih sibuk menjaga kepentingan Anwar daripada kepentingan Parti PAS?

Adakah benar seperti yang dikatakan bahawa PAS kini mempunyai pasukan pemimpin yang dilihat sebagai PRO Anwar, dan mereka ini sedang berusaha menguasai PAS demi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim malah pada masa akan datang PAS boleh digunakan sebagai senjata bagi kepentingan politik Anwar.

Adakah ini bermakna Nik Aziz merupakan salah seorang daripada golongan kumpulan tersebut? Umum telah tahu mengenai krisis diantara Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang. Adakah Nik Aziz kini berpakat dengan Anwar untuk menguasai PAS daripada Abdul Hadi Awang?

Adakah ahli-ahli pimpinan PAS seluruh negeri dan bahagian akan membiarkan Anwar Ibrahim menguasai Parti mereka ini?

Bob Lokman Tuduh Kerajaan Zalim Kepada Rakyat


Bekas Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakun, Bob Lokman memberitahu, tugas beliau kini adalah untuk membantu Pakatan Rakyat khasnya PAS ke Putrajaya.

Bob Lokman juga kini amat lantang mengkritik rakan-rakan artisnya yang dahulu merupakan rakan-rakan seperjuangannya. "Pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas di tambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar."

"Keluar dari alam glomour bukan mudah tambahan lagi aktif bersama PAS berceramah sana sini dengan tujuan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang zalim terhadap rakyat bawahan," kata beliau.

Buat Bob Lokman, Niat untuk berubah biarlah ikhlas, jika sudah sedar akan kejahilan diri, bertaubat sahaja lah. Jika benar-benar ikhlas untuk kembali ke jalan yang lurus, tak perlulah Bob heboh pada satu Malaysia. Dalam Islam, kita tak boleh menunjuk-nunjuk. Kalau sembahyang, kita tak perlu lah nak kabor pada semua orang. Itu dah kira menunjuk. Tak sah sembahyang itu.

Bob Lokman juga janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit. Selama dia berkecimpung di dalam dunia seni, kerajaanlah yang banyak memberi peluang kepadanya. Walaupun dia rasa dirinya dulu hina sehinanya, tetapi janganlah diheret sekali Kerajaan Barisan Nasional. Selama ini pun keluarganya banyak dibantu oleh Kerajaan. Bagaimana yang dikatakan Kerajaan bertindak Zalim kepada Rakyat?

Apa yang kita nampak, Bob Lokman jelas ada kepentingan peribadi dalam perubahannya kini. Tindakannya menyertai PAS bukanlah kerana kesedaran, tetapi mungkin ada habuan yang dijanjikan PAS untuknya. Mungkin juga dia telah dijanjikan jawatan tinggi jika PR dapat menguasai Putrajaya.

PAS Setuju Umat Islam Berhak Murtad ??

PAS kini sudah dikenali dengan usahanya dalam membela Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah apa yang pasti bagi Pakatan Rakyat, jika dapat memerintah, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal menjadi calon utama bagi jawatan Perdana Menteri.

PAS dikenali juga sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Agama Islam. Terutamanya usaha mereka dalam menggunakan Hukum Hudud di Malaysia. Namun sebagai sebuah Parti yang mempunyai bilangan Ulama terkenal yang ramai, apakah pandangan dan tindakan PAS terhadap pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu Murtad?

Sila lihat video ini.


Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri bersetuju agar Lina Joy diberi hak untuk menukar agamanya. Persoalannya Apakah pendirian PAS yang lantang dengan Hukum Hududnya? Apakah hukuman di dalam Islam bagi mereka yang Murtad?

PAS Sokong Hak Lesbian Dan Gay ?

Adakah pendirian dan perjuangan PAS sudah tersasar jauh? Adakah PAS sudah lupa akan perjuangan menegakkan syiar Islam mereka?

Semalam, Anwar Ibrahim telah menjawab soalan-soalan daripada pihak Yahoo!News dan ianya boleh dilihat secara live di internet. Beberapa soalan panas telah ditanyakan kepada Anwar dan seperti biasa, Anwar dilihat cuba memberi jawapan secara berdolak dalih.

Namun apa yang memeranjatkan ialah satu soalan yang berkaitan dengan Hak golongan Lesbian, Gay.


Benarkah PAS bersetuju dengan pandangan tersebut? Benarkah PAS berpendirian bahawa golongan Gay dan Lesbian, Biseksual dan Nyah adalah normal dan tidak seharusnya kita mendiskriminasi hak mereka? Adakah para Ulama-ulama di dalam PAS lupa bahawa golongan inilah yang dimurkai Allah SWT sehingga mereka pernah diturunkan azab dan dihapuskan dari muka bumi ini ketika zaman Nabi Luth.

Seharusnya PAS memberi kenyataan berhubung dakwaan Anwar Ibrahim bahawa PAS menerima pandangannya di dalam isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Nyah ini. Ini merupakan satu cabaran daripada Anwar kepada PAS secara halus.

Jika PAS berdiam diri maka Anwar Ibrahim akan bersorak gembira kerana secara tidak langsung, PAS kini berada di dalam genggamannya. Maka benarlah yang dikatakan PAS bakal dikuasai Anwar Ibrahim!


PAS Bakal Dikuasai Anwar Ibrahim !


PAS bakal mengadakan pemilihan barisan kepimpinan yang baru dalam masa yang terdekat ini. Telah diketahui Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mempertahankan jawatannya sebagai Presiden PAS dimana jawatan tersebut tidak ditandingi oleh sesiapa. Yang menjadi persoalan utama adalah kerusi bagi jawatan Timbalan Presiden PAS.

Umum sudah sedar akan peralihan pendirian PAS di dalam perjuangan asal mereka iaitu memperjuangkan corak pentadbiran mengikut landasan Agama Islam. Namun kini perjuangan itu telah jauh terpesong apabila rakyat telah menyaksikan sendiri bagaimana para barisan pemimpin utama PAS dilihat lebih cenderung kepada usaha mempertahankan Anwar Ibrahim yang telah didakwa dengan kes Meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bakhari, dan yang terbaru ialah isu Video Seks Ketua Pembangkang.

Pembelaan demi pembelaan telah disuarakan oleh pemimpin PAS, dan dilihat seolah-olah pembelaan Anwar Ibrahim itu merupakan tumpuan utama PAS ketika ini. Seharusnya PAS yang memperjuangkan Undang-undang Islam mesti bersikap adil dan saksama, terutamanya kepada si pendakwa, Saiful Bakhari yang menjadi mangsa liwat Anwar Ibrahim. Mengapa haknya tidak diperjuangkan PAS?

Nampaknya pengaruh Anwar Ibrahim telah jauh meresap di dalam pemimpin PAS. Rancangan Anwar untuk meletakkan calon-calon pilihannya di dalam barisan kepimpinan PAS bakal menjadi kenyataan. Ketika itu pengaruh Datuk Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz akan beransur-ansur hilang dan digantikan dengan pengaruh Anwar Ibrahim.

Hadi Awang dan Nik Aziz tidak dapat menarik balik segala pembelaan mereka terhadap Anwar Ibrahim. Ini kerana ianya bersangkut paut dengan maruah PAS. Oleh kerana itu, walaupun mereka sedar kesilapan demi kesilapan yang mereka telah lakukan, adalah mustahil untuk mereka pulang semula ke perjuangan asal PAS. Rakyat sedar akan perkara ini, dan inilah yang menjadi faktor sokongan rakyat terhadap PAS semakin merudum.

Berkat Doa Umat Islam Di Malaysia. Kini Anwar Dipanggil Bela Diri


Alhamdulillah, seluruh umat Islam di Malaysia telah lama mendoakan agar kebenaran dapat ditegakkan melalui undang-undang. Demi untuk mengetahui perihal sebenar Siapa Sebenarnya Anwar Ibrahim yang bercita-cita ingin menjadi pemimpin rakyat Malaysia, akhirnya doa mereka dimakbulkan Allah SWT.

Kini Anwar Ibrahim telah dipanggil untuk membela dirinya terhadap kes meliwat pembantunya Saiful Bukhari. Allah SWT Maha Adil, maka Anwar Ibrahim telah diberikan peluang untuk membela dirinya di Mahkamah.

Penulis lihat jika Anwar berada di pihak yang benar maka dengan berkat doa para Ulama PAS mungkin boleh membantunya dalam pembelaan itu nanti. Sesungguhnya tiada apa yang perlu beliau risaukan jika dia di pihak yang benar.

Kebenaran pasti akan menang akhirnya.

Jilat Kaki Anwar Boleh Masuk Syurga !


Menjadi satu masalah jika umat Islam mempunyai seorang "Ulama" yang sedang mengalami proses nyanyuk. Bagaimana kita hendak mengikut atau berguru dengan seseorang yang tidak mempunyai akal fikiran yang waras?

Nik Aziz..Ulama PAS hari menyatakan umat islam di Malaysia harus MENJILAT KAKI Anwar Ibrahim baru boleh masuk syurga. Apakah ini satu lagi fatwa terbaru Nik Aziz? Dulu masuk PAS boleh masuk syurga, kini? Jilat Kaki Anwar boleh masuk syurga juga?

Siapa Anwar Ibrahim sehinggakan rakyat harus menjilat kakinya dulu untuk menjadi ahli syurga? Siapa Nik Aziz untuk menentukan syurga atau neraka seseorang umat Islam itu? Dimana hadisnya jika jilat kaki Anwar baru boleh masuk syurga? Nik Aziz ternyata sudah nyanyuk!

Jika kutuk BN boleh ke syurga ! Jika kutuk PM boleh ke syurga ! Jika sokong kristian boleh ke syurga ! Sokong BN, masuk neraka ! Sokong Najib, masuk neraka!

JILAT KAKI ANWAR ! ANDA AKAN KE SYURGA !

Suruh Menteri Perdagangan Dalam Negeri Letak Jawatan? PAS Tiada Otak?


Cakap Tak Pakai Otak. Berbahas tanpa pakai Otak. Buat Pernyataan pun tak pakai Otak.

Inilah gambaran yang paling sesuai untuk Pemimpin dan ahli-ahli PAS. Di harakah hari ini, Dewan Pemuda PAS Selangor memberi cadangan agar Menteri Perdagangan Dalam Negeri meletak jawatan hanya kerana harga gula telah naik 20 sen! Dakwa mereka lagi, dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen ini jelas menunjukkan Kerajaan Barisan Nasional telah gagal teruk dalam pentadbirannya.

Apa ini? Hanya Kerana 20 sen..Barisan Nasional yang dah lebih 50 tahun mentadbir negara sehingga mencapai kemajuan yang pesat seperti hari ini, telah dikatakan gagal mentadbir hanya kerana gula naik 20 sen?


Bagaimana pula dengan kejayaan Barisan Nasional selama ini yang diiktiraf oleh dunia?


Bagaimana dengan kejayaan Barisan Nasional mengharungi ancaman kegawatan ekonomi yang serius satu ketika dahulu?


Bagaimana dengan kejayaan Barisan Nasional dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum malah mampu hidup di dalam keadaan yang aman makmur?


Bagaimana dengan kejayaan Barisan Nasional dalam industri pengeluaran kenderaan iaitu Proton ?


Orang PAS tidak ada yang guna kereta proton ke?


Ketika pilihanraya di Sabah yang lepas Nik Aziz ada membuat kenyataan, Presiden PAS Hadi Awang tidak perlu letak jawatan.

"Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT" Kata Nik Aziz.

Dia juga pernah membuat kenyataan ketika Beliau digesa meletakkan jawatan,

"Kenapa perlu letak jawatan? Jawatan ni amanah yang diberikan oleh ahli parti. Saya tak akan letak jawatan, jawatan ini saya di lantik, selagi orang tak tarik balik, saya nak letak macam mana?"


PAS sememangnya selalu mengeluarkan kenyataan mereka tanpa menggunakan akal fikiran. Ikut sedap mulut sahaja. Tetapi apabila mengata kerajaan, mereka lupa dengan pendirian mereka sendiri. Kenapa Menteri Perdagangan Dalam Negeri harus letak jawatan? Parti telah memberi amanah kepadanya, isu kenaikan gula adalah isu satu dunia. Dimana logiknya Menteri Perdagangan Dalam Negeri Malaysia yang harus dipersalahkan? Kerajaan tetap memberi subsidi kepada rakyat.

Harga gula Malaysia boleh dikatakan yang terendah daripada negara-negara lain. Sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam, PAS seharusnya bersyukur dengan usaha Kerajaan melalui pemberian subsidi bagi mengurangkan beban rakyat.


Kepada PAS, sila gunakan akal fikiran dan berfikir dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan!

Zuraida Kamaruddin : Apabila Ayam Betina Mulai Kecoh !


Siapa Zuraida Kamaruddin kepada Negara Kita? Apa yang Zuraida Kamaruddin ini dah lakukan untuk Negara Kita? Apa jasa dan bakti Zuraida Kamaruddin pada rakyat?

Hebat sangat ke Si Zuraida ni sampai berani nak mengugut Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia!

Dalam Harakah Daily hari ini, si Zuraida ni dah mengugut Datuk Seri Najib Tun Razak. Katanya, Najib tidak seharusnya mencabar PKR Selangor dalam ucapan beliau kepada UMNO Selangor untuk bangkit menentang PKR dan merampas kembali Selangor dari tangan PR.

Ayam betina ni dah kecut kot..dah mula takut. Itu baru PM kita gertak sikit, dah goyang. Macam mana nak mentadbir kalau baru kena gertak dah menggigil Zuraida oi! Jika dilihat semula jasa Zuraida ni pada rakyat hanyalah usaha dia untuk mempertahankan si Al Juburi Ulama Baru PAS dalam isu Liwat dan Video Seks. Sibuk dicanangnya di Selangor, Barisan Nasional menabur fitnah! Jangan Percaya Kerajaan yang memfitnah Anwar! Tiada bukti kukuh kononnya!

Tapi bila ingat kembali, si Zuraida ni juga yang berkokok terdahulu ketika DS Rais kononnya merogol pembantu rumahnya. Pelik juga, si pembantu rumah menafikan sekeras-kerasnya, tapi si Zuraida ni yang lebih. Macam dia yang kena rogol pula!

Ada bukti ke masa DS Rais tu? Ada Video ke yang keluar kat internet? Ada saksi ke? Ada ke CCTV tunjuk DS Rais merogol masa itu? Jawapannya tidak ada!

Dah tu Bukan fitnah namanya? Apa kes Si Zuraida ni nak cerita pasal fitnah sedangkan dia sendiri pun memfitnah? Elok sangatlah rakyat Selangor sedar akan kredibiliti si Zuraida ni..Tak layak nak jadi barisan pemimpin pun.

Harap rakyat Selangor menolak Pakatan Rakyat dan kembali ke Barisan Nasional yang lebih berpengalaman dalam pentadbiran.