Nik Aziz dan Hadi Awang Ulama Palsu ?
Raja Petra mengaku bahawa isu yang mengaitkan Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Sariibu adalah satu pembohongan besar serta fitnah semata-mata. Fitnah ini bertujuan untuk membunuh karier Datuk Seri Najib yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.
Persoalan Utama... Mana Nik Aziz? Mana Hadi Awang? mana pergi ulama-ulama handal yang dulu begitu galak dan lantang mempertahankan keaiban Anwar Ibrahim dengan alasan bahawa Islam mengharamkan fitnah dan membuka aib saudara seIslam ?
Sekarang? terbukti bahawa Najib telah difitnah membunuh Altantuya, jadi dimana para ulama tersohor ini ? mana hadis-hadis kamu semua dalam perkara fitnah ini?
Seharusnya inilah masanya bagi mereka mempertahankan maruah Najib yang diaib dan menegur Anwar Ibrahim serta rakan-rakannya agar menghentikan segera tuduhan dan fitnah terhadap Najib dan Rosmah. Apakah ulama-ulama ini sudah menjadi ulama Su' (ulama jahat) yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sangat murah? Apakah hadis mereka hanya boleh digunakan untuk kepentingan politik mereka sahaja?
Apabila keaiban dan fitnah terkena batang hidung Anwar Ibrahim, maka berduyun-duyunlah ulama mempertahakan manusia "Anugerah Tuhan" itu. Sebaliknya, apabila terdapat pemimpin UMNO yang difitnah dan diaibkan, ulama-ulama ini hilang entah ke mana, sunyi sepi tanpa ulasan.
Inilah jenis ulama yang terdapat pada zaman hari ini. Mereka tidak lagi sibuk mempertahankan kebenaran - sebaliknya sibuk mempertahankan kepentingan masing-masing. Ulama jenis ini bukanlah ulama yang sebenar - mereka lebih takutkan manusia daripada Allah SWT.
Nik Aziz, Hadi Awang, Ulama Palsu semua tu.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment