Isu Artikel Babi : The Star dilepaskan dengan hanya meminta maaf ?


Ketua Pengarang akhbar The Star telahpun dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir dalam sisipan akhbar The Star semalam, bertarikh 9 Ogos 2011.


Dalam artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu memuatkan gambar masakan daging khinzir serta artikel restoran tidak halal yang menyediakannya.
Ruangan Ramadan Delights adalah ruangan bagi umat Islam mencari restoran yang sesuai untuk mereka pergi berbuka puasa bersama keluarga. Bagaimana pula boleh berlaku kesilapan yang tidak masuk akal ini?


Terbaru akhbar The Star bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf mereka di atas kesilapan tersebut. Adakah alasan tidak sedar boleh kita terima? Apakah editor-editor di Star semuanya tidak berpelajaran? Makan gaji buta? selama ini apa yang mereka buat di tempat kerja? Jika perkara sebegini pun boleh dikatakan kesilapan tidak sedar, ini sudah menjadi satu masalah kepada rakyat Malaysia.

Kerana tidak ada sensiviti terhadap agama Islam di negara ini, mereka boleh bertindak sedemikian sesuka hati, dan hanya dilepaskan dengan hanya meminta maaf?

Seharusnya digantung sahaja lesen penerbitan mereka!

No comments:

Post a Comment