Demi Bangsa Melayu, Mari Sertai Barisan Nasional


Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan kesediaan Barisan Nasional untuk menerima PAS sebagai salah sebuah parti komponennya. Demi kekuatan Bangsa Melayu di Malaysia, penyatuan diantara PAS dan Barisan Nasional bakal menguatkan lagi perpaduan bangsa Melayu.

Penulis perhatikan, dengan keadaan politik ketika ini adalah mendatangkan kebaikan yang besar jika penyatupaduan ini dilaksanakan. Bangsa Cina dilihat semakin berani dalam mempersoalkan hak-hak orang melayu pada hari ini. Malah parti MCA sendiri dengan lantang berani memberikan kenyataan yang boleh menggugat kestabilan perpaduan berbilang kaum di Malaysia.

Seharusnya PAS menerima sahaja jemputan ikhlas daripada Datuk Seri Najib dan menyertai parti komponen Barisan Nasional. PAS tidak seharusnya membiarkan diri mereka terus dipergunakan DAP demi kepentingan mereka sendiri. Lihat sahaja situasi di Sarawak. PAS bermati-matian berkempen tetapi DAP yang mendapat nama. Jika situasi ini berterusan, adakah DAP akan berkongsi kuasa dengan PAS di masa akan datang? Bagaimana apabila menang besar nanti DAP pula yang bertindak meninggalkan Pakatan Rakyat?

Apa peranan PAS ketika itu? Bagaimana nasib orang melayu ketika itu? Adakah ketika itu baru orang melayu hendak menyesal?

Biadab Sungguh Pemuda Pakatan Rakyat. Menghina Islam Di Dalam Masjid!



Jahil, Biadab, Tak Berakal. Perangai umpama Yahudi! Inilah gambaran bagi pemuda Pakatan Rakyat yang teramat biadab di dalam Rumah Allah SWT. Bukan itu sahaja, dibawanya pula para penganut Hindu masuk ke dalam masjid hanya bertujuan untuk menghina umat islam!

Sedih melihat situasi tersebut. Begitu ramai penyokong yang jahil, kononnya menegakkan perjuangan agama, tetapi perangai umpama Yahudi!

Yang ikhlas dan berani bersumpah demi kebenaran, mereka tentang!

Yang berzina, meliwat mereka pertahankan.

Diguna pula Agama Islam sebagai madah perjuangan palsu mereka. Melaungkan Nama Allah SWT sambil mencaci, menghina umat islam yang tidak berdosa. Inikah perjuangan yang dituntut oleh Islam?

Subahanallah...

Mari Kita Lihat Calon Ulama Terbaru

Saksikan Video Ke 2




Gambar Panas Tokoh Ulama Terbaru PAS !


Ini adalah seorang bakal pemimpin anu-gerah tuhan. Pasti Nik Aziz berasa bangga dengan pencapaian anu Anwar ini.


Apakah reaksi para pemimpin pejuang agama Islam? Nak buat solat hajat kali ke berapa pula kali ini demi menegakkan ANUwar ini?


Video telah pun disahkan tulen. Tiada rekaan. Tiada Fitnah. Ianya tulen. Dibuktikan daripada sumber luar negara !


Nurul Izzah pasti terperanjat melihat kebesaran anugerah tuhan ini beraksi. Wow ini Papa ke? Hebat !



Kita tunggu komen daripada pihak ANUwar dalam hal ini.

Suara Keadilan Akhbar Fitnah Malaysia ! : Haron Din



Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.

Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.

"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar dimedia massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkan SUARA KEADILAN membaca Utusan Malaysia adalah haram.

"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini.

Ternyata Suara Keadilan telah melakukan satu pemfitnahan besar terhadap Datuk Dr. Haron Din. Maka mengikut fakta ini jelas yang Haram adalah Suara Keadilan itu sendiri.

Utusan Malaysia Haram ! : Fatwa Terbaru PAS


Nampaknya Dewan Ulama PAS telah mengemukakan satu lagi fatwa terbaru mereka. Kali ini mereka Mengharamkan Utusan Malaysia.

Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai "HARAM" dari sudut Islam, tegas Ulama terkemuka, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

Inilah yang dimaksudkan dengan menggunakan agama demi kepentingan politik mereka. Pernyataan Haron Din ini boleh mengelirukan seluruh umat Islam di Malaysia. PAS ternyata sudah kekeringan isu sehingga terpaksa menggunakan halal dan haram sebagai agenda peperangan politik mereka.

Utusan Malaysia difatwakan mereka sebagai Haram kerana kononnya Utusan Malaysia adalah akhbar yang mengeluarkan berita-berita fitnah dan ianya jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Penulis tidak menyangkal perihal fitnah adalah salah dan haram di dalam agama Islam. Tetapi penulis mempertikaikan atas dasar apa Utusan Malaysia boleh dikatakan Haram oleh PAS? Fitnah? Jika betul, bagaimana dengan Harakah? Suara Keadilan? Akhbar-akhbar ini juga ada mengeluarkan berita fitnah mengenai pembabitan Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah dalam pembunuhan Atlantuya. Jadi bukankah ini bermakna Harakah juga Haram?

Penulis amat kesal dengan pucuk pimpinan PAS yang ternyata mudah mempermainkan soal Halal dan Haram demi kepentingan politik mereka. PAS ternyata tidak mampu untuk berlaku adil kepada rakyat, jauh sekali untuk berlaku adil di dalam hal ehwal agama. PAS juga penulis lihat bukanlah medium utama untuk memperjuangkan Agama Islam di Malaysia. PAS ternyata tidak layak untuk memikul tanggungjawab itu.

Mengeluarkan fatwa sesuka hati mereka. Mengelirukan para penyokong mereka dengan hal-hal yang mereka sendiri tidak pasti. Tindakan PAS pada kali ini jelas boleh menyimpang daripada ajaran Agama Islam. Menjatuhkan hukum dengan sesuka hati tanpa ada pertimbangan teliti mengenai sesuatu perihal.

Berhati-hati, atau PAS mungkin akan dilabel sebagai Parti Ajaran Sesat.

Melayu masih tidak sedar ?


Pada masa ini, dilihat diantara isu semasa yang hangat di Malaysia adalah isu Anwar Ibrahim. Malah bagi UMNO, PAS dan PKR, nampaknya isu Anwar merupakan isu utama di dada akhbar, di laman web dan di dalam blog.

Ada pihak yang percaya, ada yang tidak. Ada yang menyokong, ada yang diam. Namun apa yang pasti Melayu telah berpecah. Ketika ini boleh dikatakan Melayu telah berpecah menjadi 3 pihak.

Melayu UMNO Melayu PAS Melayu PKR

Tapi sedarkah kita bahawa hanya ada satu Cina! Sudah menjadi lumrah bagi bangsa cina untuk bersatu demi kepentingan bangsa mereka. Dikala Melayu bertelagah sesama Melayu. Bangsa Cina secara senyap-senyap bersatu untuk mendapatkan kuasa mutlak dalam negara Malaysia.

Mungkin ada diantara Melayu yang buta kerana disogok dengan agenda parti pembangkang, kononnya mereka memperjuangkan hak rakyat. Tetapi sedarkah mereka bahawa selama ini BN sahaja yang memperjuangkan kebajikan rakyat?
Bangsa Cina sekarang semakin berani mempertikaikan hak orang melayu. Bangsa Cina sekarang semakin berani mempertikaikan kerajaan. Sedangkan selama ini kerajaan yang banyak membantu mereka sehingga mereka berjaya di dalam perniagaan di Malaysia.

Kini MCA sendiri telah berani mempertikaikan BN. Mereka dengan lantang berkata UMNO yang bertanggungjawab dalam kehilangan sokongan bangsa cina dalam pilihanraya di Sarawak. Mengapa sebagai salah satu parti komponen BN, MCA dengan mudah mempertikaikan kepimpinan BN kali ini? Jika dilihat ianya seperti satu usaha untuk menarik sokongan orang cina. Dan jika difikirkan apakah faedah yang MCA dapat dengan tindakan mereka ini?

Mungkinkah MCA akan keluar daripada BN dan menyertai DAP pula?

Jika benar adakah DAP masih boleh digelar parti yang memperjuangkan hak berbilang kaum?

Dan Kita sebagai orang Melayu, adakah kita masih leka? Bersediakah kita untuk menerima DAP sebagai parti yang berkuasa ke atas Malaysia? Jika DAP yang berkuasa, siapa yang menjadi PM nanti? Lim Guan Eng?

Jangan digadaikan masa depan orang Melayu. Bangsa kita bakal menjadi bangsa yang lebih mundur, lebih dipinggirkan jika orang cina yang memerintah. Lebih baik orang Melayu bersatu. Biar pun UMNO, PAS atau PKR, atau sesiapa sahaja. Jika berbangsa Melayu, marilah kita bersatu demi masa depan anak-anak kita!

PAS Keluar PAKATAN RAKYAT Selepas Muktamar ?


Setelah sekian lama disepak, dipijak dan ditunjal-tunjal kepala oleh DAP dan PKR, akhirnya terdengar juga rungutan dari dalam PAS sendiri yang mendesak agar hubungan PAS dengan kedua-dua parti itu diputuskan saja.

Namun, desakan tersebut bukan kerana PAS tidak sanggup lagi menjadi pencacai atau anjing DAP dan PKR dan bukan juga kerana tidak mahu terheret ke dalam dosa skandal Anwar Ibrahim tetapi kerana takut hilang sokongan dalam Pilihanraya. Pendekata, desakan untuk meninggalkan PR berlaku bukan kerana maruah atau kerana Allah, tetapi kerana politik semata-mata.

Menyedari yang skandal video seks Anwar Ibrahim telah menjejaskan sokongan rakyat terhadap mereka, maka Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali telah membayangkan yang parti tersebut akan memutuskan soal hubungan dengan PR selepas siasatan video seks selesai.

Sumber-sumber dalaman PAS memberitahu bahawa ada di kalangan PAS yang tidak puas hati dengan tindakan pemimpin-pemimpin tertentu yang berusaha untuk terus membela Anwar walaupun ternyata Anwar terlibat dalam video seks tersebut mengikut siasatan pakar luar negara yang menggunakan biometrik.

Menurut sumber tersebut lagi perkara ini akan dibawa ke Muktamar PAS yang dijadualkan berlangsung dalam bulan Jun. Dikatakan beberapa perwakilan dari beberapa kawasan akan mengemukakan usul tergempar supaya PAS menamatkan saja hubungannya dengan PKR dan DAP.

Tekanan ke arah ini semakin menebal kerana terbukti prestasi PAS semakin merosot dalam pilihanraya-pilihanraya yang berlangsung akhir-akhir ini. Kebimbangan dari dalam PAS juga semakin memuncak andainya Anwar didapati bersalah dalam kes liwatnya.

Dengan itu, jika PAS terus bekerjasama dengan kedua-dua parti ini, kemungkinan besar PAS akan terjerumus sama dan rakyat tidak lagi akan mempercayai mereka.

Bagi penulis, PAS tidak seharusnya bergabung dengan PKR dan DAP sejak dari mula lagi. Telah dikatakan yang ‘gabungan’ ini tidak akan berjaya akibat ideologi yang terlalu berbeza. Kegagalan pemimpin PAS memahaminya sejak dari mula membuktikan yang PAS sememangnya tidak punya kredibiliti dan tidak layak langsung untuk memimpin negara.

Mustapha Ali :PAS tidak Lagi Bersama Anwar Ibrahim !


Bukan sahaja orang luar tetapi ramai pemimpin dan pengikut-pengikut PAS sendiri sedar bertapa mereka tertipu dengan Pelan 16 September dendangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, kerana sudah terlanjur berpakat untuk tumbangkan kerajaan Barisan Nasional, PAS terus ikut telunjuk dan akur dalam pembangkang bersama PKR dan DAP. Malah, dalam sesetengah kes yang turut menimbulkan keraguan pemimpin serta ahli, PAS kerap juga mempertahankan Ketua Pembangkang itu termasuk dalam kes dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan video seks lelaki menyerupai Anwar.

Bahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyelamatkan Anwar dalam satu sidang media apabila bekas timbalan perdana menteri itu ditanya sama ada berani bersumpah bahawa lelaki dalam video yang melanggan pelacur China itu bukan dirinya. Hadi memberi alasan perkara itu bukan kes mahkamah Syariah malah menyifatkan pendedahan video itu bertujuan menyekat politik Anwar.

Namun, jika Ketua Umum PKR itu ingatkan sokongan PAS selama-lamanya terhadap beliau, Anwar kena ingat apa Setiausaha Agung PAS cakap dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di ibu negara, pagi Jumaat. Menjawab soalan Agendadaily, Mustapha Ali berkata, PAS hanya akan putuskan soal hubungan parti itu dalam pembangkang selepas keputusan kes babitkan Anwar terutama isu video seks selesai siasatan.

Beliau ditanya jika siasatan itu mendedahkan pelaku dalam video itu adalah Anwar, apakah PAS akan mengkaji kedudukan parti itu dalam pembangkang. “Saya tak mahu jawab soalan andaian. Sehingga real macam tu, baru kita boleh buat keputusan macam itu,”

“(Jika) Penyiasatan selesai dan putuskan macam ini kedudukan, kita tengoklah macam mana. Siasatan belum ada lagi keputusannya,” katanya.

Diminta pandangannya mengenai saranan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainol supaya Anwar bersumpah muhabalah bagi membersihkan imejnya dalam isu video tersebut, Mustapha menjelaskan PAS sudah membuat keputusan sebaik sahaja kes itu dilaporkan.

“Kita ada beberapa kaedah. Biar polis siasat dulu, sebab proses kerajaan sekarang ikut undang-undang serta perlembagaan bukan ikut kaedah Islam,” katanya.


PAS katanya akan ikut undang-undang sedia ada malah menegaskan orang yang siar rakaman itu juga melakukan kesalahan.

“Orang yang laku (seks) segi moral saja, undang-undang negara tak ada salah dan tidak boleh ambil tindakan,” ujarnya.

Bagaimanapun, PAS akan menyatakan pendirian parti itu jika kerajaan memutuskan kes itu di Mahkamah Syariah dan ikut undang-undang Islam.

Kenyataan Mustapha ini tidak boleh Anwar pandang sebelah mata kerana tanpa sokongan PAS, ramai pemerhati politik perjuangan beliau dan PKR untuk menawan Putrajaya dan jadi Perdana Menteri tidak kesampaian. PKR dan DAP sahaja tidak cukup kuat untuk ,menjatuhkan Barisan Nasional jika PAS buat keputusan keluar pakatan pembangkang.

Lagipun, ada pemimpin PAS tidak senang hati kerana jentera parti itu diperalat dalam pilihan raya kecil jika PKR dan DAP bertanding. Bahkan ramai merungut kerana layanan tidak adil diterima parti itu terutama hanya diberikan lima kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

Ada pemimpin PAS kecewa hingga sekarang kerana Anwar awal-awal lagi sebagai panglima perang tetapi cabut meninggalkan gelanggang sehari sebelum tarikh pengundian pada 16 April lalu. Senang cakap, PAS sudah macam cacing kepanasan dalam pembangkang tetapi kerana memegang janji-janji untuk bersatu menentang kerajaan, PAS kini dilihat hampir hilang arah perjuang dan tindakan keluar dari pakatan adalah jalan terbaik buat parti itu.

Dipetik Daripada Artikel oleh Roslan Bian

Cukai sampai RM1.7 Juta ! PAS zalim !

PAS memang zalim. Bagi sebuah institusi pengajian yang terkenal di Malaysia, yang telah banyak memberi sumbangan ilmu kepada pelajar-pelajar apakah PAS perlu zalim kepada mereka ini?

Pihak UUM jelas tertekan kerana permohonan kepada kerajaan PAS untuk memberikan rebet cukai kepada mereka ditolak bulat-bulat ! Selama ini mereka hanya perlu membayar cukai RM100 ribu, tetapi kini PAS meminta mereka membayar cukai sehingga RM1.7 juta !

Mengapakah parti yang kononnya memperjuangkan agama Islam ini bertindak sebegitu zalim kepada rakyat? Inikah balasan kepada rakyat yang menyokong mereka? setelah mereka berkuasa, ini yang terpaksa dihadapi rakyat!

Seringkali kita dengar PAS mempertikaikan cukai-cukai yang dikenakan kerajaan kepada rakyat. Tetapi secara logiknya, cukai-cukai tersebut tidaklah terlalu membebankan rakyat. Tetapi PAS ternyata TAMAK!

Tiada langsung belas kasihan PAS terhadap institusi pengajian UUM ini. Seharusnya PAS bersikap tolak ansur demi kepentingan ilmu pelajar-pelajar di Malaysia. Dimana yang dikatakan PAS memperjuangkan Rakyat?

PAS menzalimi Rakyat !

15 Soalan Kepada PAS


1. Siapa sangka akan tiba masanya apabila orang Islam sendiri yang akan membantu si Kafir untuk membunuh orang Islam?

2. Siapa sangka akan tiba masanya si Ulama bertuankan Si Kafir untuk mempengaruhi Orang Islam bergaduh sesama sendiri?

3. Siapa sangka akan tiba masanya sebuah parti Islam akan bersatu dengan si Kafir untuk menggadai negara islam sendiri?


4. Bagaimana seorang Ulama boleh bermegah dengan kemenangan si Kafir yang berjaya menewaskan Islam ?


5. Bagaimana si penyokong Islam boleh bermegah dengan tergadainya nasib bangsa melayu di tangan si Kafir?


6. Bagaimana Islam dapat diperjuangkan jika Si Kafir yang menjadi Tuan ?


7. Bagaimana Islam dapat menjadi agama rasmi jika si Kafir yang berkuasa ?

8. Bagaimana nasib peniaga-peniaga Islam jika Si Kafir yang memerintah ?


9. Bagaimana nasib pelajar-pelajar Islam jika Si Kafir yang menjadi guru utama?


10. Mengapa Gembira dengan kejayaan Si Kafir?


11. Hina sangatkah pemimpin Islam ketika ini sehingga sanggup digantikan dengan si Kafir?


12. Daif sangatkah bangsa melayu ketika ini di bawah pentadbiran kerajaan sekarang?


13. Mengapa sanggup menggadaikan negara islam kepada si Kafir??


14. Adakah Rasulullah SAW akan gembira melihat keadaan ini jika baginda masih hidup ketika ini?


15. Adakah ini doa yang dipohonkan PAS ketika solat hajat diadakan? Berdoa agar Islam jatuh dan Si Kafir muncul sebagai pemerintah?

Kata Dulang Paku Serpih...







Megah betul Ulama Pas dan para Penyokongnya mempertikaikan pentadbiran Taib Mahmud di Sarawak. Macam-macam dipertikaikan. Pasal tanah, pasal hutan, pasal berapa lama Taib Mahmud dalam jawatan, pasal kitab injil, pasal perkauman.
Cakap orang memang sedap, tapi sepatutnya PAS tengok dulu Kelantan baru nak kritik negeri orang lain. Maju ke Kelantan? Kalau penulis pergi Kelantan, tak lah maju mana pun. Dengar kata dah lebih 20 tahun PAS memerintah. Tapi tahap tang tu jugak.

Balak habis...
pembangunan tak nampak...
20 tahun cuma ada 1 masjid...
37 tahun air bersih yang kaya menantu jugak...yang kaya kroni...
seorang blogger dapat 4 juta buat fitnah...
rakyat minum air berkeladak!


Apa cerita Balak di kawasan Lojing? di Gua Musang? Habis ditarah sehingga gondol. Kerja Siapa? Apa PAS buat? Berapa banyak komisen PAS dapat? Duit Halal ke?

Air bersih pula..semua penduduk Kelantan dapat ke? melalui statistik cuma 55.7 peratus penduduk Kelantan yang menikmati air bersih. Beza besar berbanding penduduk Sarawak yang meliputi 88 peratus jumlah yang mendapat air bersih. Apa cerita? Nak ke Kelantan kena pakai sampan juga ke? sampai susah nak beri air bersih pada rakyat. Dah 20 tahun lebih berkuasa tetapi masih tak dapat mencecah 90 peratus. Tak pelik ke? Besar sangat ke Kelantan tu?

Jangan sibuk negeri orang kalau negeri sendiri pun tak terurus. Buat jadi bahan gelak orang je nanti..

Petunjuk Dah Diberi Dengan Jelas. Jangan Tak Percaya Pula !


Beribu-ribu penyokong PAS bersama-sama barisan Ulama PAS dan juga Peliwat Halal PAS Anwar Ibrahim berkumpul untuk melakukan solat hajat meminta petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT untuk memberkati perjuangan mereka yang kononnya memperjuangkan Agama Islam.

Maka turunlah Ulama Nik Aziz dan Hadi Awang bersama-sama si Peliwat Halal Anwar Ibrahim menunaikan solat hajat tersebut dengan harapan Parti Pakatan Rakyat mendapat kemenangan dalam Pilihan Raya di Sarawak.

Ternyata Allah SWT Maha Berkuasa, Maha Adil dan Maha Mengasihani. Allah SWT lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. PAS yang kononnya memperjuangkan Islam tidak mendapat kemenangan di Sarawak mahupun 1 kerusi. Anwar Ibrahim pula, lebih awal melarikan diri ke negara Eropah kerana sudah tahu akan keputusan yang bakal diterima.

Jika benar PAS diberkati oleh Allah SWT, mengapa sehingga kini hanya kekalahan yang diterima mereka. Malah kekalahan yang teruk. Mungkin kerana Allah SWT murka dengan tindakan PAS yang menyebelahi si Penzina dan Peliwat itu? Mungkin kerana Allah SWT lebih mengetahui bahawa hambanya bakal menerima musibah yang lebih besar sekiranya mereka diketuai oleh si Penzina dan Peliwat ?

Para penyokong PAS tetap buta hati. Dibohongi oleh Ulama mereka dengan segala hadis dan fatwa yang kononnya berlandaskan Islam. Tetapi pada hakikatnya, tindakan mereka jelas menyimpang daripada ajaran Agama Islam yang sebenar. Apa lagi tanda yang perlu ditunjukkan kepada golongan buta hati ini? Petunjuk telah diberikan oleh Allah SWT. Dari satu ke satu pendedahan terhadap si Peliwat dan Penzina telah didedahkan. Tetapi mereka tetap buta.

Semoga Allah SWT memberi hidayah kepada golongan ini agar tidak terus menerus sesat dengan pembohongan PAS dan Parti Pakatan Rakyat. Amin...

Fitnah Anwar dikira Qazaf. Fitnah Najib ?


Bukan main lagi para-para Ulama PAS bila memberi komen mengenai isu Datuk Seri Najib dan Isterinya mengenai Isu Atlantuya. Dicanang hebat oleh Hadi Awang, Nik Aziz dan pengikut-pengikut taksub mereka setiap kali pilihan raya diadakan. Di ceramah-ceramah PAS mahupun PR, habis segala hadis dan fatwa oleh para Ulama ini diutarakan demi menguatkan isi-isi ceramah mereka. Maka si pengikut setia yang dibutakan dengan segala hadis dan fatwa ini hanya mengikut Ulama-ulama palsu ini, mereka hanya angguk kepala tanda setuju.

Eh..bila kes Liwat dan Video Anwar Ibrahim timbul, si badut-badut PAS inilah yang menampilkan diri mereka terlebih dahulu, takpe kata Nik Aziz, kita terus ke Saf Depan sekali..baru orang lain nampak..

Kerajaan buat fitnah ! Mana ada saksi ? Bukti video tak boleh jadi bukti sahih! Tak ada saksi maka Kerajaan jatuh hukum Qazaf !

Eh..sedar pula yang bila tiada saksi boleh jatuh hukum Qazaf. Dah tu yang dok gi tuduh Datuk Seri Najib itu apa hal pula? ada saksi ke nampak? Ada ke Hadi Awang nampak? Ada ke Nik Aziz tu tengok dengan mata kepala dia sendiri? ada 4 orang saksi ke?

Kalau tak ada bukti maka bukan ke badut-badut PAS ni boleh dikenakan hukum Qazaf juga?

Apa cerita Tuan Guru? mana pergi hadis dan fatwa mengenai fitnah ini? Sebagai kononnya Ulama, seharusnya Tuan Guru berlaku adil bukan? mengapa tak pertahankan Datuk Seri Najib? Fitnah tu Tuan Guru...Harus ditentang habis-habisan...
Ke Fitnah dalam PAS dikira Halal pula? Tidak apa...Fitnah yang dilemparkan kepada musuh politik PAS adalah dibolehkan. Tak gitu Tuan Guru??

Nik Aziz dan Hadi Awang Ulama Palsu ?


Raja Petra mengaku bahawa isu yang mengaitkan Datuk Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah dengan kes pembunuhan Altantuya Sariibu adalah satu pembohongan besar serta fitnah semata-mata. Fitnah ini bertujuan untuk membunuh karier Datuk Seri Najib yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Persoalan Utama... Mana Nik Aziz? Mana Hadi Awang? mana pergi ulama-ulama handal yang dulu begitu galak dan lantang mempertahankan keaiban Anwar Ibrahim dengan alasan bahawa Islam mengharamkan fitnah dan membuka aib saudara seIslam ?

Sekarang? terbukti bahawa Najib telah difitnah membunuh Altantuya, jadi dimana para ulama tersohor ini ? mana hadis-hadis kamu semua dalam perkara fitnah ini?

Seharusnya inilah masanya bagi mereka mempertahankan maruah Najib yang diaib dan menegur Anwar Ibrahim serta rakan-rakannya agar menghentikan segera tuduhan dan fitnah terhadap Najib dan Rosmah. Apakah ulama-ulama ini sudah menjadi ulama Su' (ulama jahat) yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang sangat murah? Apakah hadis mereka hanya boleh digunakan untuk kepentingan politik mereka sahaja?

Apabila keaiban dan fitnah terkena batang hidung Anwar Ibrahim, maka berduyun-duyunlah ulama mempertahakan manusia "Anugerah Tuhan" itu. Sebaliknya, apabila terdapat pemimpin UMNO yang difitnah dan diaibkan, ulama-ulama ini hilang entah ke mana, sunyi sepi tanpa ulasan.

Inilah jenis ulama yang terdapat pada zaman hari ini. Mereka tidak lagi sibuk mempertahankan kebenaran - sebaliknya sibuk mempertahankan kepentingan masing-masing. Ulama jenis ini bukanlah ulama yang sebenar - mereka lebih takutkan manusia daripada Allah SWT.

Nik Aziz, Hadi Awang, Ulama Palsu semua tu.....

UMNO Kelantan Tidak Pilih Kasih


Hampir lebih 20 Tahun PAS menerajui Kelantan. Melalui tema perjuangan "Membangun Bersama Islam" rakyat Kelantan seperti terperangkap di tengah-tengah diantara PAS dan UMNO. Dari satu ke satu fatwa yang mengelirukan mereka telah didakyahkan oleh para pemimpin PAS Kelantan. Perkara ini jelas membimbangkan mereka yang beragama Islam.

Masakan tidak? Mereka diugut dengan fatwa sesat yang menyatakan Neraka bagi mereka yang mengundi PAS. Haram berpakat dengan UMNO. Bagi rakyat Kelantan yang berada di Pedalaman, perasaan risau dan takut menyebabkan mereka ragu-ragu untuk memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional.
Walaupun begitu, Sebagai sebuah kerajaan yang bertemakan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Barisan Nasional tetap tidak akan meminggirkan rakyat Kelantan. Walaupun dicaci dan dihina oleh PAS malah dituduh Kerajaan Barisan Nasional mengamalkan amalan dendam politik terhadap rakyat Kelantan, mereka kini semakin sedar bahawa walaupun Barisan Nasional tewas kepada PAS, kebajikan rakyat Kelantan tetap kami jaga, tetap kami bela.

Bertindak sebagai pemerhati, UMNO Kelantan juga bertugas menerima pelbagai aduan rakyat yang memerlukan bantuan. Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin sudah dikenali oleh rakyat Kelantan sebagai seorang yang amat menitik beratkan kebajikan mereka.

Pelbagai program, gerakan mendekati rakyat Kelantan dianjurkan oleh UMNO Kelantan. Pelbagai masalah rakyat yang ditindas oleh PAS telah diselesaikan oleh Dali Hussin. Rakyat Kelantan sudah mula hilang kepercayaan kepada pemerintahan PAS yang hanya menggunakan medium Agama sebagai penarik sokongan.

Kerajaan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali melupakan rakyat di Kelantan. Seperti rakyat negeri lain, mereka berhak menerima hasil kemajuan negara. Mereka juga rakyat Malaysia.

Bagi kami tiada rakyat UMNO atau rakyat PAS.

Hanya Rakyat Malaysia !!!

Anwar Diberi Taraf Ulamak ?


Nampaknya ini mungkin merupakan salah satu taktik untuk Anwar Ibrahim menyelamatkan tengkuknya. Kita semua dah tahu, ramai penyokong Anwar di PKR sudah hilang kepercayaan kepadanya. Malah sudah ada yang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO semula.

Tiada lagi back up untuk Anwar di PKR! Jadi hanya tinggal para pengikut yang kurang bijak, taksub dan buta sahaja yang boleh membantu Anwar. Lalu PAS lah yang menjadi sasarannya.
Hanya PAS sahaja yang melihat Anwar seperti kain putih. PAS sahaja yang boleh menerima Anwar duduk semeja dengan Nik Aziz. Maka jika Nik Aziz memberi taraf ulamak kepada Anwar juga, mereka boleh menerimanya.

Tahniah kepada PAS kerana bakal menerima Ulamak Penzina Tersohor Anugerah Tuhan.

Penyokong Dah Mula Sangsi ?

Berikutan tersebarnya video seks Anwar Ibrahim, ramai penyokong PAS malah terdiri daripada barisan pimpinan PAS negeri dan bahagian telah mula sangsi dengan Anwar Ibrahim. Sangsi dengan kebenaran beliau di dalam isu Video Seks ini.

Walaupun masih ada yang tidak mahu menerima kenyataan, dan terus taksub membabi buta, tetapi ramai penyokong kini yang mempersoalkan Anwar Ibrahim. Mereka tetap penyokong PAS, penyokong perjuangan Islam, namun pendirian mereka tetap tidak boleh dijual beli. Mereka tidak mahu diketuai oleh manusia jijik malah menipu mereka untuk kepuasan sendiri. Bukan itu sahaja malah penyokong PAS sendiri ditipu oleh Isteri dan Anak Anwar!

Ini yang membuatkan mereka kurang senang dengan pucuk pimpinan PAS yang terus menerus menyokong pembohongan jelas Anwar Ibrahim ini.

Mereka ada mata untuk melihat, dan kini mereka telah lihat!

Ternyata Anwar Ibrahim Bersalah !!!

Kenapa Tolak Suruhanjaya ?

PAS yang memperjuangkan Undang-undang Islam seharusnya lebih tahu akan kepentingan siasatan Suruhanjaya Khas ini. Usaha ini jelas untuk tujuan membuktikan samaada Anwar Ibrahim bersalah ataupun tidak. Jika usaha ini ditolak oleh PAS maka dimana pendirian undang-undang Islam mereka?

Adakah Undang-Undang Islam PAS boleh diubah-ubah? berbeza mengikut keadaan kepentingan peribadi?

Banyak cara untuk mendapatkan kepastian. Di zaman moden ini kita harus menggunakan segala sumber sebagai bantuan dalam usaha mendapatkan kebenaran sesuatu kes. Jadi ianya tidak menyalahi di sisi Agama Islam.

Jadi Kenapa Tolak Suruhanjaya??

Solat Hajat Sudah Menampakkan Hasil


Alhamdulillah. Solat Hajat berkat daripada usaha para Ulama' PAS akhirnya berhasil. Allah SWT telah memakbulkan doa mereka. Kini Kebenaran telah pun ditunjukkan kepada Rakyat Malaysia.

Sah sudah Anwar Ibrahim sememangnya terlibat di dalam skandal video seks terbabit. Jika dulu Presiden MCA sanggup meletak jawatan, mengakui kesilapannya. Itulah anak jantan. Itulah pemimpin Barisan Nasional. Jika bersalah, terus akui kesilapan. Lihat, berkat daripada keberaniannya, kini dia tetap dipilih sebagai Presiden MCA.

Tapi tidak pada Anwar Ibrahim. Terus menerus menipu rakyat terutamanya bangsa melayu. Malah PAS dan Keadilan juga bersekongkol turut menipu rakyat padahal mereka tahu Anwar Bersalah!

Malah keluarga Anwar juga bersubahat sama dalam cubaan menutup kesalahan Anwar Ibrahim. Dengan pendedahan video seks Anwar hari ini, rakyat bangkit, sedar akan kesilapan mereka menilai manusia yang kononnya Anugerah Tuhan ini.
Terima Kasih PAS kerana usaha solat hajat anda semua, kini kebenaran telah diketahui umum.

Dia Sendiri Yang Sedap, PM kita yang Disalahkan ?


Anwar Ibrahim kini menuduh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perancang utama segala tuduhan yang dihadapi oleh Anwar kini. Beliau menegaskan, Datuk Seri Najib yang merangka segala unsur fitnah yang dilemparkan kepada beliau.

Akibat daripada tuduhan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya membalas pertuduhan Anwar.

"Macam-macam Hal !!!" Itulah respon daripada YB Perdana Menteri.

YB Perdana Menteri bertanya semula kepada Anwar Ibrahim Siapa individu yang membongkar segala pertuduhan terhadapnya? Zulkifli Nordin, Zahrain, Ezam, Lokman Nor Adam, Dr. Chandra dan yang terbaru Datuk Eskay.

YB Perdana Menteri tidak langsung kisah untuk bercerita tentang kelakuan Anwar. Jika benar beliau ada menyimpan dendam terhadap Anwar, sudah lama Anwar dihumbannya ke dalam penjara. Tetapi untuk apa beliau menyalahgunakan kuasa? YB Perdana Menteri memerli Anwar yang lupa siapa musuh beliau yang sebenar iaitu insan yang pernah digelar beliau sebagai ayah iaitu Tun Mahathir.

Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang amat berpengalaman dalam bidang politik. Datang daripada susur galur seorang pemimpin iaitu ayahnya Tun Razak, serta mendapat pendidikan mengenai dunia politik seawal umur 20an, beliau lebih mengenali selok belok permainan politik di Malaysia.

Malah jika diperhatikan, Anwar Ibrahim yang memulakan pemfitnahan besar terhadap DS Najib. Isu kes pembunuhan Atlantuya, Anwar dengan lantang menuduh DS Najib yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan tersebut. Namun Anwar Ibrahim telah terkenal dengan cakap besar kosongnya itu, tiada isi. Oleh kerana tiada bukti maka tuduhan Anwar terhadap DS Najib adalah tidak berasas. Hanyalah fitnah semata-mata demi kepentingan politiknya. Masih ingat lagi kisah Anwar ingin membeli ahli parlimen BN serta mendakwa beliau akan mengambil alih kerajaan pusat? Apa yang terjadi? Hanya Omong Kosong...sebaliknya ramai ahli PR yang keluar parti dan menyertai BN semula.

Allah SWT berkuasa di atas segalanya. Kini segala percaturan Anwar telah memakan dirinya sendiri. Kini beliau menghadapi pertuduhan serius di dalam kes Liwat serta Video Seksnya.

Berikut merupakan kata-kata YB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak :

"Tuhan kita.. Orang Islam.. Adalah Allah. Yakinlah.. Saya Perdana Menteri Malaysia. Memikul dosa pahala rakyat. Saya rela. Kerana ini takdir saya. Jika 1 hari nanti saya telah tiada, jika jijik sekalipun sebilangan manusia hendak menggelar saya seorang pejuang, sekurang2 nya saya berjaya memberi sedikit sumbangan terhadap Negara."

Inilah Pemimpin yang sebenarnya! Seorang Pemimpin ISLAM yang berani ! Kami akan sentiasa menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak !

Kita Nilai Sendiri, Lihat Sendiri, Pastikan Sendiri..

Solat Hajat Melawan Fitnah


Majlis Solat Hajat Melawan Fitnah telah diadakan oleh PAS di Stadium Melawati. Bertujuan untuk berdoa demi membantu musibbah yang dihadapi rakan mereka iaitu Anwar Ibrahim.

Terfikir penulis, bagaimana kita ingin tahu sama ada solat hajat itu membuahkan hasil ataupun tidak? Solat demi kebenaran dipertunjukkan kepada rakyat. Maka jika kebenarannya adalah benar Anwar terlibat dalam kes Liwat dan Video Seks bagaimana?

Apa tindakan PAS jika Anwar akhirnya dipenjarakan atas kesalahannya? adakah itu bermaksud solat hajat mereka tidak berhasil? ataupun ianya sememangnya berhasil kerana Allah SWT telah menunjukkan kebenaran yang sebenarnya. Anwar adalah bersalah.

Apakah jika keputusan tidak memihak kepada Anwar maka PAS akan mempertikaikan qada dan qadar Allah SWT? Tidak terfikirkah PAS samaada kebenaran yang sebenarnya adalah Anwar sememangnya bersalah?