Solat Hajat Sudah Menampakkan Hasil


Alhamdulillah. Solat Hajat berkat daripada usaha para Ulama' PAS akhirnya berhasil. Allah SWT telah memakbulkan doa mereka. Kini Kebenaran telah pun ditunjukkan kepada Rakyat Malaysia.

Sah sudah Anwar Ibrahim sememangnya terlibat di dalam skandal video seks terbabit. Jika dulu Presiden MCA sanggup meletak jawatan, mengakui kesilapannya. Itulah anak jantan. Itulah pemimpin Barisan Nasional. Jika bersalah, terus akui kesilapan. Lihat, berkat daripada keberaniannya, kini dia tetap dipilih sebagai Presiden MCA.

Tapi tidak pada Anwar Ibrahim. Terus menerus menipu rakyat terutamanya bangsa melayu. Malah PAS dan Keadilan juga bersekongkol turut menipu rakyat padahal mereka tahu Anwar Bersalah!

Malah keluarga Anwar juga bersubahat sama dalam cubaan menutup kesalahan Anwar Ibrahim. Dengan pendedahan video seks Anwar hari ini, rakyat bangkit, sedar akan kesilapan mereka menilai manusia yang kononnya Anugerah Tuhan ini.
Terima Kasih PAS kerana usaha solat hajat anda semua, kini kebenaran telah diketahui umum.

No comments:

Post a Comment