Kata Dulang Paku Serpih...







Megah betul Ulama Pas dan para Penyokongnya mempertikaikan pentadbiran Taib Mahmud di Sarawak. Macam-macam dipertikaikan. Pasal tanah, pasal hutan, pasal berapa lama Taib Mahmud dalam jawatan, pasal kitab injil, pasal perkauman.
Cakap orang memang sedap, tapi sepatutnya PAS tengok dulu Kelantan baru nak kritik negeri orang lain. Maju ke Kelantan? Kalau penulis pergi Kelantan, tak lah maju mana pun. Dengar kata dah lebih 20 tahun PAS memerintah. Tapi tahap tang tu jugak.

Balak habis...
pembangunan tak nampak...
20 tahun cuma ada 1 masjid...
37 tahun air bersih yang kaya menantu jugak...yang kaya kroni...
seorang blogger dapat 4 juta buat fitnah...
rakyat minum air berkeladak!


Apa cerita Balak di kawasan Lojing? di Gua Musang? Habis ditarah sehingga gondol. Kerja Siapa? Apa PAS buat? Berapa banyak komisen PAS dapat? Duit Halal ke?

Air bersih pula..semua penduduk Kelantan dapat ke? melalui statistik cuma 55.7 peratus penduduk Kelantan yang menikmati air bersih. Beza besar berbanding penduduk Sarawak yang meliputi 88 peratus jumlah yang mendapat air bersih. Apa cerita? Nak ke Kelantan kena pakai sampan juga ke? sampai susah nak beri air bersih pada rakyat. Dah 20 tahun lebih berkuasa tetapi masih tak dapat mencecah 90 peratus. Tak pelik ke? Besar sangat ke Kelantan tu?

Jangan sibuk negeri orang kalau negeri sendiri pun tak terurus. Buat jadi bahan gelak orang je nanti..

No comments:

Post a Comment