Dia Sendiri Yang Sedap, PM kita yang Disalahkan ?


Anwar Ibrahim kini menuduh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perancang utama segala tuduhan yang dihadapi oleh Anwar kini. Beliau menegaskan, Datuk Seri Najib yang merangka segala unsur fitnah yang dilemparkan kepada beliau.

Akibat daripada tuduhan itu, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya membalas pertuduhan Anwar.

"Macam-macam Hal !!!" Itulah respon daripada YB Perdana Menteri.

YB Perdana Menteri bertanya semula kepada Anwar Ibrahim Siapa individu yang membongkar segala pertuduhan terhadapnya? Zulkifli Nordin, Zahrain, Ezam, Lokman Nor Adam, Dr. Chandra dan yang terbaru Datuk Eskay.

YB Perdana Menteri tidak langsung kisah untuk bercerita tentang kelakuan Anwar. Jika benar beliau ada menyimpan dendam terhadap Anwar, sudah lama Anwar dihumbannya ke dalam penjara. Tetapi untuk apa beliau menyalahgunakan kuasa? YB Perdana Menteri memerli Anwar yang lupa siapa musuh beliau yang sebenar iaitu insan yang pernah digelar beliau sebagai ayah iaitu Tun Mahathir.

Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang pemimpin yang amat berpengalaman dalam bidang politik. Datang daripada susur galur seorang pemimpin iaitu ayahnya Tun Razak, serta mendapat pendidikan mengenai dunia politik seawal umur 20an, beliau lebih mengenali selok belok permainan politik di Malaysia.

Malah jika diperhatikan, Anwar Ibrahim yang memulakan pemfitnahan besar terhadap DS Najib. Isu kes pembunuhan Atlantuya, Anwar dengan lantang menuduh DS Najib yang bertanggungjawab ke atas pembunuhan tersebut. Namun Anwar Ibrahim telah terkenal dengan cakap besar kosongnya itu, tiada isi. Oleh kerana tiada bukti maka tuduhan Anwar terhadap DS Najib adalah tidak berasas. Hanyalah fitnah semata-mata demi kepentingan politiknya. Masih ingat lagi kisah Anwar ingin membeli ahli parlimen BN serta mendakwa beliau akan mengambil alih kerajaan pusat? Apa yang terjadi? Hanya Omong Kosong...sebaliknya ramai ahli PR yang keluar parti dan menyertai BN semula.

Allah SWT berkuasa di atas segalanya. Kini segala percaturan Anwar telah memakan dirinya sendiri. Kini beliau menghadapi pertuduhan serius di dalam kes Liwat serta Video Seksnya.

Berikut merupakan kata-kata YB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak :

"Tuhan kita.. Orang Islam.. Adalah Allah. Yakinlah.. Saya Perdana Menteri Malaysia. Memikul dosa pahala rakyat. Saya rela. Kerana ini takdir saya. Jika 1 hari nanti saya telah tiada, jika jijik sekalipun sebilangan manusia hendak menggelar saya seorang pejuang, sekurang2 nya saya berjaya memberi sedikit sumbangan terhadap Negara."

Inilah Pemimpin yang sebenarnya! Seorang Pemimpin ISLAM yang berani ! Kami akan sentiasa menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak !

No comments:

Post a Comment