UMNO Kelantan Tidak Pilih Kasih


Hampir lebih 20 Tahun PAS menerajui Kelantan. Melalui tema perjuangan "Membangun Bersama Islam" rakyat Kelantan seperti terperangkap di tengah-tengah diantara PAS dan UMNO. Dari satu ke satu fatwa yang mengelirukan mereka telah didakyahkan oleh para pemimpin PAS Kelantan. Perkara ini jelas membimbangkan mereka yang beragama Islam.

Masakan tidak? Mereka diugut dengan fatwa sesat yang menyatakan Neraka bagi mereka yang mengundi PAS. Haram berpakat dengan UMNO. Bagi rakyat Kelantan yang berada di Pedalaman, perasaan risau dan takut menyebabkan mereka ragu-ragu untuk memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional.
Walaupun begitu, Sebagai sebuah kerajaan yang bertemakan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Barisan Nasional tetap tidak akan meminggirkan rakyat Kelantan. Walaupun dicaci dan dihina oleh PAS malah dituduh Kerajaan Barisan Nasional mengamalkan amalan dendam politik terhadap rakyat Kelantan, mereka kini semakin sedar bahawa walaupun Barisan Nasional tewas kepada PAS, kebajikan rakyat Kelantan tetap kami jaga, tetap kami bela.

Bertindak sebagai pemerhati, UMNO Kelantan juga bertugas menerima pelbagai aduan rakyat yang memerlukan bantuan. Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Dali Hussin sudah dikenali oleh rakyat Kelantan sebagai seorang yang amat menitik beratkan kebajikan mereka.

Pelbagai program, gerakan mendekati rakyat Kelantan dianjurkan oleh UMNO Kelantan. Pelbagai masalah rakyat yang ditindas oleh PAS telah diselesaikan oleh Dali Hussin. Rakyat Kelantan sudah mula hilang kepercayaan kepada pemerintahan PAS yang hanya menggunakan medium Agama sebagai penarik sokongan.

Kerajaan Barisan Nasional tidak akan sekali-kali melupakan rakyat di Kelantan. Seperti rakyat negeri lain, mereka berhak menerima hasil kemajuan negara. Mereka juga rakyat Malaysia.

Bagi kami tiada rakyat UMNO atau rakyat PAS.

Hanya Rakyat Malaysia !!!

No comments:

Post a Comment