Cukai sampai RM1.7 Juta ! PAS zalim !

PAS memang zalim. Bagi sebuah institusi pengajian yang terkenal di Malaysia, yang telah banyak memberi sumbangan ilmu kepada pelajar-pelajar apakah PAS perlu zalim kepada mereka ini?

Pihak UUM jelas tertekan kerana permohonan kepada kerajaan PAS untuk memberikan rebet cukai kepada mereka ditolak bulat-bulat ! Selama ini mereka hanya perlu membayar cukai RM100 ribu, tetapi kini PAS meminta mereka membayar cukai sehingga RM1.7 juta !

Mengapakah parti yang kononnya memperjuangkan agama Islam ini bertindak sebegitu zalim kepada rakyat? Inikah balasan kepada rakyat yang menyokong mereka? setelah mereka berkuasa, ini yang terpaksa dihadapi rakyat!

Seringkali kita dengar PAS mempertikaikan cukai-cukai yang dikenakan kerajaan kepada rakyat. Tetapi secara logiknya, cukai-cukai tersebut tidaklah terlalu membebankan rakyat. Tetapi PAS ternyata TAMAK!

Tiada langsung belas kasihan PAS terhadap institusi pengajian UUM ini. Seharusnya PAS bersikap tolak ansur demi kepentingan ilmu pelajar-pelajar di Malaysia. Dimana yang dikatakan PAS memperjuangkan Rakyat?

PAS menzalimi Rakyat !

No comments:

Post a Comment