Solat Hajat Melawan Fitnah


Majlis Solat Hajat Melawan Fitnah telah diadakan oleh PAS di Stadium Melawati. Bertujuan untuk berdoa demi membantu musibbah yang dihadapi rakan mereka iaitu Anwar Ibrahim.

Terfikir penulis, bagaimana kita ingin tahu sama ada solat hajat itu membuahkan hasil ataupun tidak? Solat demi kebenaran dipertunjukkan kepada rakyat. Maka jika kebenarannya adalah benar Anwar terlibat dalam kes Liwat dan Video Seks bagaimana?

Apa tindakan PAS jika Anwar akhirnya dipenjarakan atas kesalahannya? adakah itu bermaksud solat hajat mereka tidak berhasil? ataupun ianya sememangnya berhasil kerana Allah SWT telah menunjukkan kebenaran yang sebenarnya. Anwar adalah bersalah.

Apakah jika keputusan tidak memihak kepada Anwar maka PAS akan mempertikaikan qada dan qadar Allah SWT? Tidak terfikirkah PAS samaada kebenaran yang sebenarnya adalah Anwar sememangnya bersalah?

No comments:

Post a Comment