PAS Dianggotai Golongan Murtad !


Masih hangat diperkatakan tentang Isu Murtad dan Pihak Gereja di Selangor yang menjadi perkara serius diikuti oleh semua orang kerana ianya melibatkan soal akidah umat islam dan malahan melibatkan hubungan antara agama serta kaum yang telah mula terhakis. Memberi implikasi yang sangat besar jika pendekatan penyelesaian dilihat gagal dalam memelihara kesucian agama islam dan mereka yang bertanggungjawab hanya mengambil tindakan sambil lewa yang sudah pasti mengundang seribu satu persoalan. Dengan hanya membiarkan sahaja hal ini tanpa tindakan memberi satu bibit-bibit awal petanda malapetaka besar yang melibatkan penganut agama di Malaysia akan berlaku.

Bagi PAS terutamanya, sebuah parti yang mendakwa hanya mereka sahaja yang memperjuangkan agama Islam. Apakah tindakan yang telah mereka ambil di dalam isu Gereja ini?

Dr Hasan Ali telah mempertahankan tindakan tidak bersalah pihak Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dan Polis bertindak memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama kerana berlakunya aktiviti agama yang melibatkan orang Islam.

Tindakan PAS ? : Pesuruhjaya Pas Selangor ,Khalid Samad telah memberi tekanan bertubu-tubi keatas Hassan Ali akibat bertindak sendirian memberi kenyataan tanpa kelulusan PAS terlebih dahulu.

Kenyataan maaf oleh MB Khalid Ibrahim kepada pihak Gereja DUMC atas tindakan JAIS dan Polis melakukan pemeriksaan telah melukakan hati semua pihak terutamanya umat islam kerana tanpa melihat hasil siasatan penuh JAIS terlebih dahulu.

Tindakan PAS ? : BISU !

JAIS dan Polis telah ditikam belakang pula dari PAS selangor kononnya JAIS telah gagal memaklumkan terlebih dahulu pemeriksaan keatas gereja DUMC sedangkan Jais dan pihak polis telah melaksanakan tugas mengikut kuasa yang diperuntukkan kepada mereka.

Tindakan hanya berdiam diri dari PAS kecuali dari Dewan Pemuda Pas telah memberi seribu makna samaada PAS ingin mempertahankan Islam atau perlu memberi keutamaan kepada rakan politiknya terlebih dahulu-segalanya sudah terjawab PAS akan terus menjaga hati DAP dan PKR dari kepentingan akidah umat islam.

Isu Artikel Babi : The Star dilepaskan dengan hanya meminta maaf ?


Ketua Pengarang akhbar The Star telahpun dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir dalam sisipan akhbar The Star semalam, bertarikh 9 Ogos 2011.


Dalam artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu memuatkan gambar masakan daging khinzir serta artikel restoran tidak halal yang menyediakannya.
Ruangan Ramadan Delights adalah ruangan bagi umat Islam mencari restoran yang sesuai untuk mereka pergi berbuka puasa bersama keluarga. Bagaimana pula boleh berlaku kesilapan yang tidak masuk akal ini?


Terbaru akhbar The Star bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf mereka di atas kesilapan tersebut. Adakah alasan tidak sedar boleh kita terima? Apakah editor-editor di Star semuanya tidak berpelajaran? Makan gaji buta? selama ini apa yang mereka buat di tempat kerja? Jika perkara sebegini pun boleh dikatakan kesilapan tidak sedar, ini sudah menjadi satu masalah kepada rakyat Malaysia.

Kerana tidak ada sensiviti terhadap agama Islam di negara ini, mereka boleh bertindak sedemikian sesuka hati, dan hanya dilepaskan dengan hanya meminta maaf?

Seharusnya digantung sahaja lesen penerbitan mereka!

Tanah Runtuh : Identiti mangsa telah berjaya dikenal pasti





identiti semua mangsa kejadian tanah runtuh di perkampungan orang asli Sungai Ruli, Cameron Highlands sudah dikenalpasti.

Antara yang terbunuh adalah 3 sekeluarga.

Kesemua mangsa masih ditempatkan di jabatan forensik hospital hajjah kalsom, tanah rata.

Difahamkan empat jenazah beragama islam akan dikebumikan di tanah perkuburan di berincang.

Belum lagi kita dapat melupakan kejadian tanah runtuk di Rumah anak-anak yatim hidayah madrasah al taqwa di hulu langat, kini satu lagi kejadian tanah runtuh telah berlaku. Kali ini di perkampungan orang asli Sungai Ruli di Cameron Highland.

Sehingga sekarang polis mengesahkan satu mayat ditemui manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di hospital hajah kalsom. Adalah dikhuatiri ramai mangsa lagi yang masih terperangkap berikutan tida daripada lima rumah telah ditimbus sepenuhnya.

Marilah kita semua berdoa agar kesemua mangsa-mangsa tersebut dapat dijumpai.

PAS Buta Pun Salah UMNO ??


Pengikut-pengikut buta PAS ini nampaknya lebih suka pertahankan Kristian & gereja daripada kesucian agama Islam . Mereka jelas dibutakan dengan pelbagai cerita hinggakan tidak percaya kepada kebenaran .
Adakah mereka ini betul-betul bangang atau buat-buat bangang bila mana tidak faham ke serbuan JAIS ke situ telah menjumpai pelbagai bukti seperti dalam kenyataan Dr Hassan Ali .

Tetapi nampaknya mereka salahkan UMNO juga disebalik kontroversi isu ini . Mereka sendiri memerintah kerajaan negeri , tapi bila timbul isu semua disalahkan juga kepada UMNO ..

JAIS di bawah siapa ?? Ia bukan di bawah JAKIM atau Jamil Khir tetapi kerajaan Pakatan Rakyat sendiri iaitu Exco Hassan Ali .

Jadi , di mana terbabitnya parti UMNO dalam menentukan samada serbuan ke atas gereja perlu atau tak?

Inilah taktik lapuk PAS dalam usaha untuk menyelamatkan tengkuk mereka sendiri. Tindakan ini tidak ubah seperti tindakan Anwar Ibrahim yang juga seringkali menyalahkan UMNO apabila perangai buruknya disebarkan luas di media.

Dimana salahnya UMNO apabila serbuan tersebut dibuat? Bila masa pula ada ahli UMNO yang terlibat ketika itu?

PAS kini diibaratkan seperti kancil yang berada diantara 2 gajah yang besar. DAP dan PKR. Kini rakyat sedar bahawa PAS tiada lagi suara di dalam Pakatan Rakyat. PAS ketika ini hanyalah boneka mainan DAP dan PKR sahaja.

TAKBIR !!!!!

Demi Raih Undi, Pas Rela Umat Islam Murtad !


Nampaknya pemimpin pusat PAS sedang kerungsingan akibat daripada isu terbaru melibatkan Jais ekoran serbuan ke atas gereja di Selangor baru-baru ini. Pasti PAS bimbang perkara ini akan memburukkan lagi hubungan antara PAS dan DAP yang telah dipupuk sekian lama.

Dr Mujahid Yusuf Rawa (gambar) berkata, semua pihak wajar mengelak daripada membuat kenyataan provokatif mengenai isu terbaru Jais menyerbu majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan orang Melayu.

Bukankah tindakan JAIS itu adalah munasabah. JAIS bertindak menyiasat dakwaan orang ramai berikutan aktiviti gereja tersebut yang dikhuatiri berusaha untuk memurtadkan umat Islam. Tetapi nampaknya PAS lebih takutkan DAP daripada Allah SWT. Seharusnya PAS bertindak bersama dengan JAIS, menyiasat dengan lebih mendalam perkara ini. Bukannya terus mengkritik JAIS hanya kerana takut !


PAS Tidak Layak Digelar Pejuang Islam


Seringkali laungan TAKBIR ! diselit setiap kali para penyokong PAS bersuara. Kononnya demi menunjukkan kepada dunia bahawa hanya mereka sahajalah yang berjuang demi menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Terbaru, Isu serbuan ke atas sebuah gereja oleh JAIS telah menjadi perhatian kepada rakyat islam di Malaysia. Datuk Dr Hassan Ali mengulas, tindakan JAIS menyerbu Gereja tersebut adalah kerana mereka mendapat aduan orang ramai berhubung penglibatan orang Islam di majlis berbuka puasa yang diadakan di dalam gereja. Didapati juga penggunaan perkataan Quran dan Doa digunakan di dalam ucapan majlis tersebut.

JAIS mengulas mereka mempunyai bukti dimana didapati gereja tersebut sedang berusaha untuk memurtadkan umat Islam yang menyertai mereka.

Jadi adakah tindakan JAIS tidak wajar dilakukan?
Bukankah mengikut perlembagaan negara, ajaran agama lain kepada umat Islam adalah dilarang sama sekali.

Adakah menjadi satu kesalahan kepada Dr Hassan Ali dalam mempertahankan tindakan JAIS itu? Keberanian Dr Hassan Ali dalam bertindak tanpa mengira mana-mana fahaman politik, sebaliknya bertindak demi kesucian agama Islam harus kita puji, bukannya kita caci, kita marah, kita bangkang! seperti yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap dan juga PAS Selangor !

Mereka ini bermati-matian mempertahankan gereja. Malah mereka tampil memohon maaf kepada pihak gereja kerana mereka mendakwa tindakan JAIS yang menceroboh tanpa waran wajar dipertikaikan.

Pelik bukan, PAS yang terkenal dengan laungan Takbir mereka, kini tunduk dengan Khalid. Di sini kita dapat lihat bahawa, PAS sebenarnya berjuang demi mendapat undi sahaja dan bukan berjuang demi kesucian agama Islam. PAS terang-terangan takut dan kini telah hilang arah tujuan, menyimpang daripada hala tuju mereka yang asal.

Maka benarlah apabila kita katakan, PAS sekarang hanyalah seperti tikus yang sembunyi ketakutan, takut dibaham oleh si kucing...

Seharusnya PAS berdiri di belakang JAIS, mempertahankan mereka kerana berjaya mengesan usaha jahat untuk memurtadkan orang Islam, dan bukannya mengkritik Dr Hassan Ali!

Berkat Mukjizat Nik Aziz! Shuhardi Mati Hidup Kembali !


Ketika isu Perhimpunan BERSIH 2.0 tempoh hari, kita dikejutkan dengan berita kematian Allahyarham Baharudin yang meninggal kerana sakit jantung. Kemudian kematian tersebut telah diperbesarkan isunya sehingga pihak polis dituduh sebagai punca kematian.

Namun kini, segalanya terbongkar apabila polis telah mengenal pasti lelaki yang didakwa sebagai Baharuddin Ahmad rupa-rupanya adalah Shuhardi Md. Isa. Beliau kini boleh kita gelar sebagai seorang pelakon terkenal, sehingga boleh mengalahkan zizan raja lawak !

Shuhardi Md. Isa, lelaki yang digambarkan sesak nafas dan beberapa kali pengsan ketika perhimpunan haram Bersih 2 berlangsung, kini masih dicari polis. Dikhabarkan bahawa kini dia sedang menyembunyikan diri daripada pihak polis.


Inilah kehebatan ahli-ahli penyokong pembangkang. Mereka telah dirahmati dengan kehebatan mukjizat daripada para pemimpin ulama terkenal seperti Nik Aziz dan juga Ulama terbaru, Mat Sabu! Kini para penyokong PAS terutamanya tidak perlu lagi takut mati, kerana pasti mereka akan dihidupkan semula! Bukan dibangkitkan di padang mashar...tetapi dibangkitkan semula di Kelantan! Negeri Serambi Mekah !!

Mana lagi kau nak lari Shuhardi...itu hari kau jemput polis untuk datang berjumpa kau...tapi bila nak jumpa kau lari pula!...kaki kelentong je lebih....

Syabas Datuk Wan Ahmad!



Tabik Hormat ! kepada Datuk Wan Ahmad yang terbukti keberaniannya dalam menghadapi serangan-serangan daripada Ambiga serta golongan penyokong BERSIH di dalam perjumpaan mereka di Shah Alam, Selasa lalu.

Sebaik bermula, ketika nama Ambiga disebut, dewan riuh rendah, jadi macam pasar, memaksa pengerusi majlis beberapa kali mengingatkan penyokong Bersih agar menjaga tingkah laku bagi memastikan majlis berjalan lancar.
Forum yang sepatutnya bermula tepat jam dua sedikit lewat kerana pihak penganjur menguruskan tempat duduk penyokong yang berdiri hingga mengganggu pihak media membuat liputan dalam dewan sesak dengan hadirin itu.

Hujah Datuk Wan Ahmad selalu diganggu dengan sorakan 'boo' dan gelak ketawa penyokong Bersih yang mengejeknya.

Sehingga pada satu peringkat, pengerusi majlis Wan Saiful Wan Jah terpaksa meminta hadirin supaya berhenti membuat suara-suara yang menganggu Wan Ahmad berhujah.

Adakah ini cara BERSIH dalam menuntut keadilan mereka? Berpelakuan seperti golongan haiwan, malah mempamerkan tingkah laku yang tidak beradab jelas menunjukkan inilah kualiti sebenar para pengikut BERSIH.

Mat Sabu Melenting Kartun Dalam Utusan !


Adakah Mat Sabu akan menyaman Utusan Malaysia ekoran Kartun khas untuk dia disiarkan dalam akhbar siang tadi??

Kenapa Saya Nak Tipu ? Mat Sabu


Setelah video daripada pihak PDRM disiarkan kepada umum, Mat Sabu dan konco-konconya menggelabah apabila tembelang mereka telah terbongkar. Jelas kelihatan di video tersebut, tiada langsung kenderaan polis yang melanggarnya sehingga mengakibatkan kecederaan kepada dirinya. Dah jelas, Mat Sabu tidak pandai bawa motor, dia jatuh sendiri. Tetapi demi menutup kemaluan dirinya, PDRM yang dipersalahkan.

Mat Sabu ternyata silap kerana PDRM telah bersedia lebih awal daripadanya. PDRM tidak perlu kenyataan akhbar, meraih simpati rakyat dengan berbohong, berpura-pura cedera. PDRM dan Kerajaan tidak perlukan semua itu.

PDRM ada bukti kukuh mereka tersendiri! Video yang dirakam ketika kejadian menjadi bukti sahih segala dakwaan pihak pembangkang adalah fitnah semata-mata, bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan, bertujuan untuk memalukan PDRM dan bertujuan untuk memalukan Malaysia di mata dunia !

Ulama Mat Sabu Kaki Penipu! Nik Aziz Halalkan..


Video rasmi kenyataan daripada PDRM yang jelas menunjukkan situasi ketika kejadian di Perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu.

Pihak pembangkang telah banyak menuduh pihak polis bertindak kejam terhadap peserta perhimpunan terbabit. Sehinggakan ada yang mendakwa diri mereka dipukul, dibaling dengan gas pemedih mata, bom asap dan lain-lain lagi sehingga menyebabkan diri mereka cedera.

Seperti dakwaan daripada Timbalan Presiden PAS, MAT SABU! Kononnya dirinya dirempuh oleh trak polis sehingga menyebabkan kecederaan serius kepada dirinya, malah beliau pergi mendapatkan rawatan di hospital demi membuktikan dakwaannya itu.

Pihak polis telah banyak menerima kecaman daripada mereka yang mempercayai dakwaan Mat Sabu. Namun kini, segalanya telah terbukti. Ternyata pihak polis lebih bijak bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Video penjelasan daripada PDRM telah menunjukkan bahawa pihak polis tidak bertanggung jawab di atas kecederaan Mat Sabu!

Inilah sifat seorang pemimpin parti PAS! Adakah ulama Nik Aziz akan mempertahankan fitnah ini? adakah fitnah ini akan dihalalkan oleh Nik Aziz?

Fitnah Ulama Erdogan PAS Kini Dibongkar PDRM !

Fitnah RM24 Juta. Nik Aziz Tetap Bisu


Adakah tidak menjadi suatu kesalahan jika pihak pembangkang terus menerus menabur fitnah kepada kerajaan ataupun individu yang berkaitan? Kini telah terbukti bahawa dakwaan pihak pembangkang terhadap isu cincin RM24 Juta yang kononnya adalah milik Datin Seri Paduka Rosmah adalah tidak benar sama sekali. Ianya satu fitnah yang bertujuan untuk menjatuhkan beliau.

Apakah tindakan para ulama seperti Nik Aziz yang hanya mendiamkan diri melihat ahli-ahli pengikutnya menabur fitnah? Adakah Nik Aziz merasakan bahawa perbuatan tersebut tidak salah dari sisi Agama Islam?

Tahniah kepada Datin Seri Paduka Rosmah yang bertindak berani di dalam mempertahankan kebenaran dirinya. Tindakan Datin Seri yang tampil ke hadapan rakyat dan memberikan penjelasan terhadap isu tersebut amat membanggakan seluruh rakyat Malaysia, dan ini merupakan satu tamparan hebat kepada para pembangkang, di mana kini rakyat telah melihat sendiri taktik kotor yang cuba dimainkan oleh mereka.

Tidak seperti pemimpin yang mereka agung-agungkan selama ini, dimana pemimpin tersebut tidak berani dalam mempertahankan dirinya ketika dihujani oleh pelbagai tuduhan yang tidak bermoral. Malah apa yang diberinya kepada rakyat hanyalah alasan-alasan yang tidak munasabah bagi menutup kesalahan dirinya.

Apa perlunya perhimpunan BERSIH, jika ahli-ahli mereka sendiri KOTOR?


Kecederaan Anwar Hanya Lakonan Semata??? Beliau Tidak Ditahan???





Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menafikan dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tercedera dalam perhimpunan BERSIH hari ini.

"Dia tak ada di Pudu. Di situ saja ada gas pemedih mata. Itu tidak benar," katanya ketika ditanya sama ada Anwar tercedera.

Ismail juga menjelaskan Anwar tidak ditahan polis. Ismail mengesahkan sebanyak 1,401 orang ditahan, termasuk beberapa "ketua kumpulan".

Mereka antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu, dua naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub.

Anwar kantoi lagi??? Tapi apa dia nak hairan.... Penyokong-penyokong PR semuanya samaada buta, jahil, bangang belaka ataupun bagi mereka "matlamat menghalalkan cara", pendekatan ala Yahudi, menipu bagi mereka "wajib" asalkan kerajaan BN dapat ditumbangkan.

Apa lagi apabila puak-puak pakai serban PAS sanggup mengeluarkan fatwa-fatwa yang menghalalkan penipuan dan pembohongan mereka.

Mungkin kerana "Malu" pemimpin-pemimpin lain ditahan polis, sebaliknya beliau tidak, maka Anwar sengaja berpura-pura cedera agar boleh mengaku dirinya juga telah ditahan polis ?



BERSIH Menyusahkan Warga Kuala Lumpur !!!


Polis akan mula membuat penutupan dan lencongan jalan di sekitar Kuala Lumpur bermula 12.01 tengah malam ini.Berikut adalah senarai jalan sekitar Kuala Lumpur yang akan ditutup mulai tengah malam ini.
Jalan Syed Putra
Jalan Istana
Jalan Bukit Petaling
Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara.
Jalan Sultan Hishammuddin
Jalan Lembah Perdana
Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara.
Lain-lain termasuk kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Kepada semua rakyat Malaysia dinasihatkan untuk tidak keluar ke Kuala Lumpur esok.

Hebat! Mat Sabu dan Nik Aziz Ajar Sumbang Mahram!


Apakah realiti sebenar Negeri Kelantan. Jika Nik Aziz menggelarnya sebagai Serambi Mekah, sudah pasti Kelantan merupakan negeri yang bersih dan suci, sesuai bagi menjadi negeri kediaman umat Islam di Malaysia.

Kelantan juga tidak mempunyai banyak Masjid berbanding negeri lain. Alasannya? kerana adalah lebih baik untuk memenuhkan satu Masjid daripada tiada langsung yang datang menunaikan solat berjemaah. Hebat sekali Kelantan!

Kuliah agama oleh Nik Aziz sentiasa menjadi perhatian warga Kelantan. Banyak ilmu yang mereka dapat daripada kuliah-kuliah tersebut.

Tapi apa sebenarnya yang dipelajari mereka? Kini dengan bantuan seorang Penzina yang telah diangkat menjadi pemimpin ke dua Parti PAS, kuliah-kuliah agama semakin diminati oleh warga Kelantan. Apa yang boleh dipelajari dari seorang Penzina ini?

SUMBANG MAHRAM !!!

Di Kota Bahru, seorang lelaki telah dikenakan hukuman penjara dan denda kerana telah melakukan perbuatan sumbang mahram bersama anak perempuannya yang kini berusia 25 tahun. Mereka telah tinggal bersama malah hasil daripada hubungan terlarang itu, mereka mempunyai 3 orang anak!. Setelah bertahun-tahun hidup bergelumang dengan dosa, akhirnya mereka telah berjaya ditahan oleh anggota penguatkuasa agama Tumpat.

Pelik...Kelantan kan negeri kuat agamanya. Apa yang rakyat alim ulama mereka buat selama ini? perkara serius begini pun tidak dapat mereka halang dengan segera. Adakah kerana faktor leka? Lalai? atau tidak peduli?

Ajaran apakah yang rakyat Kelantan terima selama ini? Apakah yang bakal berlaku kelak apabila kini mereka telah bertuankan seorang Penzina?

PANAS ! Nik Aziz Guna Duit Derma Surau Untuk Keluarganya !


Pertunangan diantara anak Dato' Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dengan Daniyar Nazarbayev yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev telah mendapat pelbagai ulasan negatif daripada pihak pembangkang yang kelihatan sedang kekurangan isu untuk menghentam kerajaan.

Persoalan adakah Dato' Seri Najib menggunakan duit rakyat bagi membiyai majlis pertunangan tersebut adalah tidak seharusnya dijadikan isu oleh pihak pembangkang. Ini menunjukkan tahap intelektual mereka masih berada jauh ketinggalan berbanding ahli-ahli Barisan Nasional. Maka tidak hairanlah jika isu menggunakan wang rakyat ini timbul.

Pernahkah mereka terfikir darimana Nik Aziz mendapat sumber kewangan bagi mengadakan majlis perkahwinan anaknya? Dari mana Anwar Ibrahim mendapat sumber kewangan bagi perkahwinan Nurul Izzah?

Dato' Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, maka bukanlah satu perkara yang pelik jika beliau mempunyai sumber kewangannya tersendiri. Daripada gaji yang diterima beliau setiap bulan sahaja boleh menampung perbelanjaan pertunangan anaknya.

Pihak pembangkang menuduh Dato' Seri Najib menggunakan wang rakyat bagi tujuan pertunangan tersebut. Dikatakan juga nota pembelian telah dikeluarkan oleh pihak hotel yang terlibat dan dikeluarkan ke atas nama Jabatan Perdana Menteri.

Itu hanya kata-kata kosong! jika benar, sila buktikan! buat satu salinan nota tersebut, dan tunjukkan kepada rakyat! Barulah rakyat boleh percaya.

Saya juga ada mendengar Nik Aziz dan Anwar Ibrahim telah menggunakan duit derma surau daripada orang ramai bagi membiyai majlis perkahwinan anak mereka. Nik Aziz telah mengarahkan agar setiap kutipan tabung derma yang diperolehi di Kelantan, dikumpulkan dan digunakan bagi majlis anaknya itu.

Semua orang boleh bercakap! Semua orang boleh mereka cerita! yang penting, ada bukti ke? Kalau ada barulah cakap. Ini sekadar mahu menimbulkan isu dengan memfitnah Dato' Seri Najib. Ini sudah salah !


Lina Joy Masuk PAS ??


Nampaknya PAS tetap ingin membantu dan menyertai Perhimpunan Haram Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Perhimpunan anjuran Datuk Ambiga Sreenevasan itu kini mendapat sokongan daripada para-para Ulama PAS yang kini menjadikan Datuk Ambiga sebagai seorang pejuang kebebasan rakyat.

Siapa Datuk Ambiga pada PAS satu ketika dahulu? Datuk Ambiga adalah salah seorang penyokong tegar IFC (Majlis Antara Agama) yang pernah menyuarakan agar agama islam dan agama lain diberi taraf sama rata. Malah kes Murtad Lina Joy yang dahulunya ditentang kuat oleh Ulama PAS adalah salah satu agenda utama Datuk Ambiga.

Adakah ini bermakna PAS sudah lupa akan usaha Datuk Ambiga untuk berterusan mempertahankan Lina Joy? Bagaimana satu parti Islam boleh bersekongkol dengan penjahanam agama Islam dan umatnya?

Adakah jika Rasulullah SAW masih hidup ketika ini, baginda akan gembira melihat tindakan PAS kini? adakah Kelantan layak digelar Serambi Mekah?

Kini? Ulama PAS dan para penyokong butanya telah berpaling daripada ajaran agama Islam yang mereka perjuangkan selama ini. Dengan sokongan padu kepada Datuk Ambiga, jelaslah bahawa PAS adalah sebuah parti yang diumpamakan seperti lalang, mudah dibentuk dan dilentuk. Tiada daya sendiri. Mudah dibeli dengan janji kuasa dan wang ringgit.

Bermula daripada Perjuangan Negara Islam yang kini diubah menjadi Negara Berkebajikan, kemudian perubahan barisan kepimpinan PAS yang tidak lagi dikuasai oleh golongan Ulama, malah kini dipenuhi dengan barisan kepimpinan yang dipengaruhi Anwar Ibrahim. Kini PAS tidak lagi dipandang tinggi oleh pihak Barisan Nasional. PAS kini sudah kehilangan taringnya dan mereka lebih rela untuk menjadi budak suruhan DAP dan PKR.

PAS tidak mungkin akan menjadi Ketua kepada Pakatan Rakyat. Melihat segala perubahan yang berlaku kepada PAS kini, jelas menunjukkan PAS sudah hilang arah tuju, dan amat sukar untuk mereka berpatah kembali.

Pendedahan : Ulama "Kantoi" Baca Al Quran?


Seorang yang mendakwa dirinya sebagai golongan Ulama harus menepati kriteria sebagai seorang Ulama Islam yang disegani. Pemahaman mengenai Al Quran secara keseluruhan harus menjadi satu keutamaan bagi memastikan ajaran, nasihat yang diberikan kepada orang lain adalah berlandaskan syariat Agama Islam yang sebenar.

Apakah gelaran yang harus kita berikan kepada golongan yang hanya pandai berpura-pura menguasai intipati Al Quran, sedangkan dirinya sendiri masih boleh layak digelar belum Khatam sekalipun?

Selama lebih 20 tahun seorang Ulama ini menjadi peneraju sebuah negeri yang mendakwa hanya negeri mereka sahaja yang berlandaskan hukum hakam agama Islam yang sejati. Selama itu jugalah ulama ini begitu lantang mengkritik para pemimpin Islam yang lain, memperkecilkan mereka, menghina, mencaci, mengkafirkan orang islam yang lain hanya kerana Ulama ini berpendapat orang lain tidak seIslam dirinya.

Kini, apabila diuji oleh barisan rakan-rakan yang kononnya satu perjuangan, Ulama ini dilihat semakin goyah pendiriannya. Jika selama ini agama Islam dan undang-undang Hudud menjadi keutamaannya di setiap perjumpaan, di setiap ceramah, tetapi kini tidak lagi!

Adalah difahamkan Ulama tersebut telah memberikan alasan untuk menyemak kembali intipati Surah Al Baqarah apabila ditanya mengenai peralihan pendirian dirinya dan juga partinya dimana kini parti tersebut telah menggugurkan perjuangan membina sebuah negara Islam disamping menggunakan hukum hudud.

Kini Ulama itu berkata, apabila disemak semula intipati Surah Al Baqarah tersebut, tidak ada satu pun pernyataan yang menyebut perkataan sebuah Negara Islam. Malah dakwanya hanya ada ayat Sebuah Negara Berkebajikan sahaja.

Pelik bukan? adakah ini bermakna selama ini Ulama tersebut sebenarnya telah tersilap tafsir?
Jadi adakah perjuangan penubuhan sebuah negara Islam selama ini adalah suatu usaha yang sia-sia? kerana ianya tiada di dalam Al Quran? dan tidak dituntut di dalam Al Quran?

Ini juga bermakna selama ini para penyokong PAS nampaknya sudah tersilap pilih guru! Amat menyedihkan apabila masih ada lagi manusia yang hanya tahu mengikut daripada belajar.

Kalau Nak Mengikut Biar Berakal....

Kalau Nak Menurut Biar Pintar....

Bongkar ! Penipuan Nik Aziz Selama 20 Tahun !


Nik Abdul Aziz mendakwa kegagalan Kelantan untuk menjalankan hukum Hudud adalah kerana tentangan daripada pihak kerajaan Barisan Nasional, UMNO dan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu. Nik Aziz juga mendakwa beliau telah diugut oleh Tun Mahathir di dalam satu surat yang bertarikh 8 Jun 1994, dimana Nik Aziz menyatakan Tun Mahathir telah memberi amaran bahawa kerajaan pusat akan mengambil tindakan tegas terhadap Kelantan jika Hukum Hudud dilaksanakan.

Adakah Nik Aziz sudah lupa akan perjumpaannya bersama para blogger pakatan pembangkang di Hotel Grand Season tidak lama dahulu? dimana Nik Aziz berjanji untuk mempamerkan surat Tun Mahathir tersebut kepada mereka. Jadi di mana suratnya? nampaknya Nik Aziz juga telah mengikut jejak langkah idola pujaannya Anwar Ibrahim. Hanya tahu menjual janji-janji kosong, apabila tiba saatnya, batang hidung pun tak nampak!


Di sini akan saya paparkan kandungan surat Tun Mahathir kepada Nik Aziz bertarikh 8 JUN 1994. (Kandungan diambil daripada blog Mulutmelayu-realiti.blogspot.com)


YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994


Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan(al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).”Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui,KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan di sini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Di samping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:-

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secocok dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia di waktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi di sebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam . Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan di negara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994


Di sini jelas dilihat bahawa Tun Mahathir telah menerangkan sebab musabab mengapa Hukum Hudud tidak sesuai untuk dilaksanakan di negeri-negeri pentadbiran Barisan Nasional. Dapat kita rumuskan juga, Nik Aziz sendiri tidak berapa arif mengenai hukum hudud tersebut dan terus menerus menipu rakyat dengan menyalahkan Barisan Nasional di atas kegagalan Kelantan.


Jika ada yang merasakan bahawa surat di atas adalah palsu, anda semua dialu-alukan untuk membuktikannya. Sekian..


Pasukan Erdogan Anwar Menguasai PAS

Keputusan rasmi pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
dalam Mukhtamar PAS kali ke 57


Presiden
YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Naib Presiden
Hj Mohd Sabu(420 undi)

Naib Presiden
YB Dato' Husam Musa (660 undi)
YB Dato' Mahfuz Omar (616 undi)
YB Dato' Salahuddin Ayub (753 undi)

AJK
Nampaknya keputusan ini menunjukkan bahawa Perjuangan PAS yang dipimpin oleh kepimpinan Ulama kini telah terkubur. Jelas menampakknya kumpulan Pro Anwar sudah berjaya menguasai PAS. Walaupun presiden PAS tetap Abdul Hadi Awang, namun jika kita lihat barisan kepimpinan penasihat presiden PAS telah dikuasai oleh puak erdogan dan ini bermakna Anwar Ibrahim secara tidak langsung telah berjaya menguasai PAS.

Kini jelas, Perjuangan PAS akan mengalami satu transformasi yang besar. Adakah PAS akan tetap memperjuangkan Agama Islam atau PAS akan terus memperjuangkan politik peribadi Anwar Ibrahim?

Namun segalanya telah terjadi. Undian telah pun diberikan. Para ahli PAS hanya mampu melihat perubahan yang bakal dialami Parti PAS.

Bagaimana Nak Memerintah Kalau Perkara Mudah Pun Dah Kelam Kabut ?


Parti PAS telah membuktikan bahawa mereka tidak mampu untuk mentadbir negara. Seperti yang kita semua sedia maklum, parti tersebut sedang mengadakan sidang muktamar PAS dan sudah pun selesai menjalani pengundian bagi pemilihan kepimpinan parti tersebut. Adalah difahamkan bahawa hanya 1077 perwakilan sahaja yang terlibat di dalam proses pengundian bagi memilih ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat bagi sessi 2011/2013.

Namun apa yang mengejutkan, keputusan pengudian itu tidak dapat diumumkan semalam, malah ianya telah ditunda pada hari ini.

Keputusan tertunda tersebut adalah melibatkan jawatan Timbalan Presiden di antara pemangkunya, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu. Manakala Naib Presiden pula adalah enam orang yang bertanding untuk merebut tiga kerusi. Mereka ialah Husam Musa, Idris Ahmad, Mahfuz Omar, Mohd Amar Abdullah, Mohammad Nizar Jamaluddin dan Salahuddin Ayub.

Pelik..adakah begitu lama sekali untuk mengira jumlah undian yang hanya melibatkan 1077 perwakilan? Apakah alasan yang diberikan kepada seluruh perwakilan atas tindakan ini?

Jika perkara sekecil ini, PAS sudah mula tidak tentu arah, bagaimana hendak mentadbir sesebuah negara? PAS berani mempertikaikan proses pengundian di Malaysia. PAS berani mempertikaikan SPR tetapi PAS sendiri tidak mampu untuk mengatur proses pengundian dengan berkesan.

Apa akan jadi jika PAS yang mengetuai proses perkiraan undi Pilihan Raya Umum? adakah ianya akan mengambil masa sehingga 2 atau 3 minggu untuk rakyat mendapat keputusannya?

Adakah proses pengiraan undi yang lambat sebegini menunjukkan pucuk pimpinan PAS mempunyai agenda mereka tersendiri? adakah ada pihak-pihak tertentu yang berkepentingan akan cuba untuk memastikan bahawa jumlah undi akan berpihak kepada mereka?

Ada berita mengatakan tujuan PAS menunda keputusan undian tersebut kepada hari ini adalah kerana mereka bimbang jika dewan akan menjadi kosong jika keputusan diumumkan semalam.

Adakah PAS tidak yakin dengan perwakilan mereka sendiri? Jika benar, ini menunjukkan sikap perwakilan PAS yang tidak serius dalam memperjuangkan parti. Ianya seperti satu usaha yang dilihat hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Selesai undi, terus pulang.

Terkini ! Video 4 Sudut Berlainan. Superimpose ?

Video terkini yang diambil daripada 4 sudut berbeza. Jika dilihat dengan teliti, pergerakan di setiap video tersebut adalah sekata. Adakah dengan tersebarnya video terbaru ini, pihak PAS akan tetap mempertahankan Anwar Ibrahim. Adakah video ini juga hasil daripada teknik Superimpose sepertimana dakwaan PAS?

Bagaimana mungkin 4 sudut berlainan boleh terdapat pergerakan yang begitu sekata dan sempurna? Adalah mustahil utk melakukan teknik superimpose yang begitu sempurna daripada pelbagai sudut.

Para penyokong Anwar Ibrahim seharusnya sedar, mereka hanya dipergunakan Anwar Ibrahim bagi tujuan menyelamatkan dirinya sahaja.

Saksikan, dan nilai sendiri..

Siapa Kata Harakah Tak Buat Berita Fitnah ?


Adakah akhbar Harakah juga bersifat Maksum seperti Ulama mereka juga sehingga dikatakan akhbar tersebut tidak pernah mengeluarkan sebarang berita berunsur fitnah?

Betul ke?

Ingat lagi masa tengah sibuk dengan pilihanraya di Sarawak? Harakah ada keluarkan gambar Umi Hafilda yang didakwa mereka menunjukkan isyarat lucah! Akhirnya didapati Harakah dengan sengaja telah menggunakan teknik pertindihan gambar bagi mengubah gambar Umi Hafilda.

Itu bukan Fitnah Ke?

Apa pula isu Sekarang?

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah menfailkan saman ke atas tabloid rasmi PAS, Harakah untuk menghentikan sebarang fitnah atau usaha untuk merosakkan imejnya. Selain Harakah, turut disaman adalah wartawannya, Sabri Said, Ketua Editor, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam dan Setiausaha Cabang PKR Jelutong.

Harakah edisi 20-22 Mei mendakwa Aminah telah mendesak Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR agar meminta cerai dan meninggalkan suaminya, Anwar Ibrahim.

Ini barulah tindakan orang yang berani membuktikan dirinya tidak bersalah! Bukan macam Anwar Ibrahim idola kesayangan Ulama Nik Aziz. Pengecut...dia pandai bagi alasan sahaja..

Bila dah tahu diri tidak bersalah, apa tunggu lagi? Saman sahaja! Tak perlu bagi alasan macam-macam. Yang penting berani kerana benar!

Nik Aziz : Anwar Pemimpin Islam. Sokong Anwar Masuk Syurga !


Hari ini Nik Aziz menyatakan kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar memohon maaf kepada Anwar Ibrahim kerana mereka mempercayai fitnah mengenai Kes Liwat dan Isu Video Seks.

“Dosa orang yang buat fitnah tidak akan merasa nikmat kubur apatah lagi hendak masuk syurga melainkan kena minta maaf dengan Anwar, itupun kalau Anwar bagi.”

Malahan Nik Abdul Aziz juga berhujah bahawa, kredibiliti Anwar sebagai pemimpin berlandaskan syiar Islam adalah faktor kemaraan politiknya disekat kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) yang khuatir kehilangan kuasa.

Apakah yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim sehinggakan mampu menundukkan Ulama Termasyhur PAS seperti Nik Aziz bagi menjaga kepentingan beliau? Dengan tindak tanduk Nik Aziz yang terbaru ini, perjuangan PAS dilihat semakin hari semakin jauh tersasar daripada perjuangan asal mereka.

Apa istimewanya Anwar pada PAS sehinggakan mereka kini dilihat lebih sibuk menjaga kepentingan Anwar daripada kepentingan Parti PAS?

Adakah benar seperti yang dikatakan bahawa PAS kini mempunyai pasukan pemimpin yang dilihat sebagai PRO Anwar, dan mereka ini sedang berusaha menguasai PAS demi kepentingan peribadi Anwar Ibrahim malah pada masa akan datang PAS boleh digunakan sebagai senjata bagi kepentingan politik Anwar.

Adakah ini bermakna Nik Aziz merupakan salah seorang daripada golongan kumpulan tersebut? Umum telah tahu mengenai krisis diantara Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang. Adakah Nik Aziz kini berpakat dengan Anwar untuk menguasai PAS daripada Abdul Hadi Awang?

Adakah ahli-ahli pimpinan PAS seluruh negeri dan bahagian akan membiarkan Anwar Ibrahim menguasai Parti mereka ini?

Bob Lokman Tuduh Kerajaan Zalim Kepada Rakyat


Bekas Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakun, Bob Lokman memberitahu, tugas beliau kini adalah untuk membantu Pakatan Rakyat khasnya PAS ke Putrajaya.

Bob Lokman juga kini amat lantang mengkritik rakan-rakan artisnya yang dahulu merupakan rakan-rakan seperjuangannya. "Pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas di tambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar."

"Keluar dari alam glomour bukan mudah tambahan lagi aktif bersama PAS berceramah sana sini dengan tujuan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang zalim terhadap rakyat bawahan," kata beliau.

Buat Bob Lokman, Niat untuk berubah biarlah ikhlas, jika sudah sedar akan kejahilan diri, bertaubat sahaja lah. Jika benar-benar ikhlas untuk kembali ke jalan yang lurus, tak perlulah Bob heboh pada satu Malaysia. Dalam Islam, kita tak boleh menunjuk-nunjuk. Kalau sembahyang, kita tak perlu lah nak kabor pada semua orang. Itu dah kira menunjuk. Tak sah sembahyang itu.

Bob Lokman juga janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit. Selama dia berkecimpung di dalam dunia seni, kerajaanlah yang banyak memberi peluang kepadanya. Walaupun dia rasa dirinya dulu hina sehinanya, tetapi janganlah diheret sekali Kerajaan Barisan Nasional. Selama ini pun keluarganya banyak dibantu oleh Kerajaan. Bagaimana yang dikatakan Kerajaan bertindak Zalim kepada Rakyat?

Apa yang kita nampak, Bob Lokman jelas ada kepentingan peribadi dalam perubahannya kini. Tindakannya menyertai PAS bukanlah kerana kesedaran, tetapi mungkin ada habuan yang dijanjikan PAS untuknya. Mungkin juga dia telah dijanjikan jawatan tinggi jika PR dapat menguasai Putrajaya.

PAS Setuju Umat Islam Berhak Murtad ??

PAS kini sudah dikenali dengan usahanya dalam membela Datuk Seri Anwar Ibrahim. Malah apa yang pasti bagi Pakatan Rakyat, jika dapat memerintah, maka Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal menjadi calon utama bagi jawatan Perdana Menteri.

PAS dikenali juga sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Agama Islam. Terutamanya usaha mereka dalam menggunakan Hukum Hudud di Malaysia. Namun sebagai sebuah Parti yang mempunyai bilangan Ulama terkenal yang ramai, apakah pandangan dan tindakan PAS terhadap pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu Murtad?

Sila lihat video ini.


Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri bersetuju agar Lina Joy diberi hak untuk menukar agamanya. Persoalannya Apakah pendirian PAS yang lantang dengan Hukum Hududnya? Apakah hukuman di dalam Islam bagi mereka yang Murtad?

PAS Sokong Hak Lesbian Dan Gay ?

Adakah pendirian dan perjuangan PAS sudah tersasar jauh? Adakah PAS sudah lupa akan perjuangan menegakkan syiar Islam mereka?

Semalam, Anwar Ibrahim telah menjawab soalan-soalan daripada pihak Yahoo!News dan ianya boleh dilihat secara live di internet. Beberapa soalan panas telah ditanyakan kepada Anwar dan seperti biasa, Anwar dilihat cuba memberi jawapan secara berdolak dalih.

Namun apa yang memeranjatkan ialah satu soalan yang berkaitan dengan Hak golongan Lesbian, Gay.


Benarkah PAS bersetuju dengan pandangan tersebut? Benarkah PAS berpendirian bahawa golongan Gay dan Lesbian, Biseksual dan Nyah adalah normal dan tidak seharusnya kita mendiskriminasi hak mereka? Adakah para Ulama-ulama di dalam PAS lupa bahawa golongan inilah yang dimurkai Allah SWT sehingga mereka pernah diturunkan azab dan dihapuskan dari muka bumi ini ketika zaman Nabi Luth.

Seharusnya PAS memberi kenyataan berhubung dakwaan Anwar Ibrahim bahawa PAS menerima pandangannya di dalam isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Nyah ini. Ini merupakan satu cabaran daripada Anwar kepada PAS secara halus.

Jika PAS berdiam diri maka Anwar Ibrahim akan bersorak gembira kerana secara tidak langsung, PAS kini berada di dalam genggamannya. Maka benarlah yang dikatakan PAS bakal dikuasai Anwar Ibrahim!