PAS Tidak Layak Digelar Pejuang Islam


Seringkali laungan TAKBIR ! diselit setiap kali para penyokong PAS bersuara. Kononnya demi menunjukkan kepada dunia bahawa hanya mereka sahajalah yang berjuang demi menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Terbaru, Isu serbuan ke atas sebuah gereja oleh JAIS telah menjadi perhatian kepada rakyat islam di Malaysia. Datuk Dr Hassan Ali mengulas, tindakan JAIS menyerbu Gereja tersebut adalah kerana mereka mendapat aduan orang ramai berhubung penglibatan orang Islam di majlis berbuka puasa yang diadakan di dalam gereja. Didapati juga penggunaan perkataan Quran dan Doa digunakan di dalam ucapan majlis tersebut.

JAIS mengulas mereka mempunyai bukti dimana didapati gereja tersebut sedang berusaha untuk memurtadkan umat Islam yang menyertai mereka.

Jadi adakah tindakan JAIS tidak wajar dilakukan?
Bukankah mengikut perlembagaan negara, ajaran agama lain kepada umat Islam adalah dilarang sama sekali.

Adakah menjadi satu kesalahan kepada Dr Hassan Ali dalam mempertahankan tindakan JAIS itu? Keberanian Dr Hassan Ali dalam bertindak tanpa mengira mana-mana fahaman politik, sebaliknya bertindak demi kesucian agama Islam harus kita puji, bukannya kita caci, kita marah, kita bangkang! seperti yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap dan juga PAS Selangor !

Mereka ini bermati-matian mempertahankan gereja. Malah mereka tampil memohon maaf kepada pihak gereja kerana mereka mendakwa tindakan JAIS yang menceroboh tanpa waran wajar dipertikaikan.

Pelik bukan, PAS yang terkenal dengan laungan Takbir mereka, kini tunduk dengan Khalid. Di sini kita dapat lihat bahawa, PAS sebenarnya berjuang demi mendapat undi sahaja dan bukan berjuang demi kesucian agama Islam. PAS terang-terangan takut dan kini telah hilang arah tujuan, menyimpang daripada hala tuju mereka yang asal.

Maka benarlah apabila kita katakan, PAS sekarang hanyalah seperti tikus yang sembunyi ketakutan, takut dibaham oleh si kucing...

Seharusnya PAS berdiri di belakang JAIS, mempertahankan mereka kerana berjaya mengesan usaha jahat untuk memurtadkan orang Islam, dan bukannya mengkritik Dr Hassan Ali!

No comments:

Post a Comment