Bagaimana Nak Memerintah Kalau Perkara Mudah Pun Dah Kelam Kabut ?


Parti PAS telah membuktikan bahawa mereka tidak mampu untuk mentadbir negara. Seperti yang kita semua sedia maklum, parti tersebut sedang mengadakan sidang muktamar PAS dan sudah pun selesai menjalani pengundian bagi pemilihan kepimpinan parti tersebut. Adalah difahamkan bahawa hanya 1077 perwakilan sahaja yang terlibat di dalam proses pengundian bagi memilih ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat bagi sessi 2011/2013.

Namun apa yang mengejutkan, keputusan pengudian itu tidak dapat diumumkan semalam, malah ianya telah ditunda pada hari ini.

Keputusan tertunda tersebut adalah melibatkan jawatan Timbalan Presiden di antara pemangkunya, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu. Manakala Naib Presiden pula adalah enam orang yang bertanding untuk merebut tiga kerusi. Mereka ialah Husam Musa, Idris Ahmad, Mahfuz Omar, Mohd Amar Abdullah, Mohammad Nizar Jamaluddin dan Salahuddin Ayub.

Pelik..adakah begitu lama sekali untuk mengira jumlah undian yang hanya melibatkan 1077 perwakilan? Apakah alasan yang diberikan kepada seluruh perwakilan atas tindakan ini?

Jika perkara sekecil ini, PAS sudah mula tidak tentu arah, bagaimana hendak mentadbir sesebuah negara? PAS berani mempertikaikan proses pengundian di Malaysia. PAS berani mempertikaikan SPR tetapi PAS sendiri tidak mampu untuk mengatur proses pengundian dengan berkesan.

Apa akan jadi jika PAS yang mengetuai proses perkiraan undi Pilihan Raya Umum? adakah ianya akan mengambil masa sehingga 2 atau 3 minggu untuk rakyat mendapat keputusannya?

Adakah proses pengiraan undi yang lambat sebegini menunjukkan pucuk pimpinan PAS mempunyai agenda mereka tersendiri? adakah ada pihak-pihak tertentu yang berkepentingan akan cuba untuk memastikan bahawa jumlah undi akan berpihak kepada mereka?

Ada berita mengatakan tujuan PAS menunda keputusan undian tersebut kepada hari ini adalah kerana mereka bimbang jika dewan akan menjadi kosong jika keputusan diumumkan semalam.

Adakah PAS tidak yakin dengan perwakilan mereka sendiri? Jika benar, ini menunjukkan sikap perwakilan PAS yang tidak serius dalam memperjuangkan parti. Ianya seperti satu usaha yang dilihat hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Selesai undi, terus pulang.

No comments:

Post a Comment