Lina Joy Masuk PAS ??


Nampaknya PAS tetap ingin membantu dan menyertai Perhimpunan Haram Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Perhimpunan anjuran Datuk Ambiga Sreenevasan itu kini mendapat sokongan daripada para-para Ulama PAS yang kini menjadikan Datuk Ambiga sebagai seorang pejuang kebebasan rakyat.

Siapa Datuk Ambiga pada PAS satu ketika dahulu? Datuk Ambiga adalah salah seorang penyokong tegar IFC (Majlis Antara Agama) yang pernah menyuarakan agar agama islam dan agama lain diberi taraf sama rata. Malah kes Murtad Lina Joy yang dahulunya ditentang kuat oleh Ulama PAS adalah salah satu agenda utama Datuk Ambiga.

Adakah ini bermakna PAS sudah lupa akan usaha Datuk Ambiga untuk berterusan mempertahankan Lina Joy? Bagaimana satu parti Islam boleh bersekongkol dengan penjahanam agama Islam dan umatnya?

Adakah jika Rasulullah SAW masih hidup ketika ini, baginda akan gembira melihat tindakan PAS kini? adakah Kelantan layak digelar Serambi Mekah?

Kini? Ulama PAS dan para penyokong butanya telah berpaling daripada ajaran agama Islam yang mereka perjuangkan selama ini. Dengan sokongan padu kepada Datuk Ambiga, jelaslah bahawa PAS adalah sebuah parti yang diumpamakan seperti lalang, mudah dibentuk dan dilentuk. Tiada daya sendiri. Mudah dibeli dengan janji kuasa dan wang ringgit.

Bermula daripada Perjuangan Negara Islam yang kini diubah menjadi Negara Berkebajikan, kemudian perubahan barisan kepimpinan PAS yang tidak lagi dikuasai oleh golongan Ulama, malah kini dipenuhi dengan barisan kepimpinan yang dipengaruhi Anwar Ibrahim. Kini PAS tidak lagi dipandang tinggi oleh pihak Barisan Nasional. PAS kini sudah kehilangan taringnya dan mereka lebih rela untuk menjadi budak suruhan DAP dan PKR.

PAS tidak mungkin akan menjadi Ketua kepada Pakatan Rakyat. Melihat segala perubahan yang berlaku kepada PAS kini, jelas menunjukkan PAS sudah hilang arah tuju, dan amat sukar untuk mereka berpatah kembali.

No comments:

Post a Comment