Demi Bangsa Melayu, Mari Sertai Barisan Nasional


Semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan kesediaan Barisan Nasional untuk menerima PAS sebagai salah sebuah parti komponennya. Demi kekuatan Bangsa Melayu di Malaysia, penyatuan diantara PAS dan Barisan Nasional bakal menguatkan lagi perpaduan bangsa Melayu.

Penulis perhatikan, dengan keadaan politik ketika ini adalah mendatangkan kebaikan yang besar jika penyatupaduan ini dilaksanakan. Bangsa Cina dilihat semakin berani dalam mempersoalkan hak-hak orang melayu pada hari ini. Malah parti MCA sendiri dengan lantang berani memberikan kenyataan yang boleh menggugat kestabilan perpaduan berbilang kaum di Malaysia.

Seharusnya PAS menerima sahaja jemputan ikhlas daripada Datuk Seri Najib dan menyertai parti komponen Barisan Nasional. PAS tidak seharusnya membiarkan diri mereka terus dipergunakan DAP demi kepentingan mereka sendiri. Lihat sahaja situasi di Sarawak. PAS bermati-matian berkempen tetapi DAP yang mendapat nama. Jika situasi ini berterusan, adakah DAP akan berkongsi kuasa dengan PAS di masa akan datang? Bagaimana apabila menang besar nanti DAP pula yang bertindak meninggalkan Pakatan Rakyat?

Apa peranan PAS ketika itu? Bagaimana nasib orang melayu ketika itu? Adakah ketika itu baru orang melayu hendak menyesal?

1 comment:

  1. Anak UMNO9/5/11

    Jangan malu malu kuching ....Ayuh je pintu sentiasa terbuka untok Warga PAS..

    ReplyDelete