Melayu masih tidak sedar ?


Pada masa ini, dilihat diantara isu semasa yang hangat di Malaysia adalah isu Anwar Ibrahim. Malah bagi UMNO, PAS dan PKR, nampaknya isu Anwar merupakan isu utama di dada akhbar, di laman web dan di dalam blog.

Ada pihak yang percaya, ada yang tidak. Ada yang menyokong, ada yang diam. Namun apa yang pasti Melayu telah berpecah. Ketika ini boleh dikatakan Melayu telah berpecah menjadi 3 pihak.

Melayu UMNO Melayu PAS Melayu PKR

Tapi sedarkah kita bahawa hanya ada satu Cina! Sudah menjadi lumrah bagi bangsa cina untuk bersatu demi kepentingan bangsa mereka. Dikala Melayu bertelagah sesama Melayu. Bangsa Cina secara senyap-senyap bersatu untuk mendapatkan kuasa mutlak dalam negara Malaysia.

Mungkin ada diantara Melayu yang buta kerana disogok dengan agenda parti pembangkang, kononnya mereka memperjuangkan hak rakyat. Tetapi sedarkah mereka bahawa selama ini BN sahaja yang memperjuangkan kebajikan rakyat?
Bangsa Cina sekarang semakin berani mempertikaikan hak orang melayu. Bangsa Cina sekarang semakin berani mempertikaikan kerajaan. Sedangkan selama ini kerajaan yang banyak membantu mereka sehingga mereka berjaya di dalam perniagaan di Malaysia.

Kini MCA sendiri telah berani mempertikaikan BN. Mereka dengan lantang berkata UMNO yang bertanggungjawab dalam kehilangan sokongan bangsa cina dalam pilihanraya di Sarawak. Mengapa sebagai salah satu parti komponen BN, MCA dengan mudah mempertikaikan kepimpinan BN kali ini? Jika dilihat ianya seperti satu usaha untuk menarik sokongan orang cina. Dan jika difikirkan apakah faedah yang MCA dapat dengan tindakan mereka ini?

Mungkinkah MCA akan keluar daripada BN dan menyertai DAP pula?

Jika benar adakah DAP masih boleh digelar parti yang memperjuangkan hak berbilang kaum?

Dan Kita sebagai orang Melayu, adakah kita masih leka? Bersediakah kita untuk menerima DAP sebagai parti yang berkuasa ke atas Malaysia? Jika DAP yang berkuasa, siapa yang menjadi PM nanti? Lim Guan Eng?

Jangan digadaikan masa depan orang Melayu. Bangsa kita bakal menjadi bangsa yang lebih mundur, lebih dipinggirkan jika orang cina yang memerintah. Lebih baik orang Melayu bersatu. Biar pun UMNO, PAS atau PKR, atau sesiapa sahaja. Jika berbangsa Melayu, marilah kita bersatu demi masa depan anak-anak kita!

1 comment:

  1. WALUN27/4/11

    DEPA NI TAK SEDAR DIRI ,DIBAGI BETIS NAK PEHA YG KITA DOK BAGI BAGI SELAGI BOLEH BAGI.

    ReplyDelete