Utusan Malaysia Haram ! : Fatwa Terbaru PAS


Nampaknya Dewan Ulama PAS telah mengemukakan satu lagi fatwa terbaru mereka. Kali ini mereka Mengharamkan Utusan Malaysia.

Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai "HARAM" dari sudut Islam, tegas Ulama terkemuka, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz.

Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca.

Inilah yang dimaksudkan dengan menggunakan agama demi kepentingan politik mereka. Pernyataan Haron Din ini boleh mengelirukan seluruh umat Islam di Malaysia. PAS ternyata sudah kekeringan isu sehingga terpaksa menggunakan halal dan haram sebagai agenda peperangan politik mereka.

Utusan Malaysia difatwakan mereka sebagai Haram kerana kononnya Utusan Malaysia adalah akhbar yang mengeluarkan berita-berita fitnah dan ianya jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Penulis tidak menyangkal perihal fitnah adalah salah dan haram di dalam agama Islam. Tetapi penulis mempertikaikan atas dasar apa Utusan Malaysia boleh dikatakan Haram oleh PAS? Fitnah? Jika betul, bagaimana dengan Harakah? Suara Keadilan? Akhbar-akhbar ini juga ada mengeluarkan berita fitnah mengenai pembabitan Dato' Sri Najib dan Datin Sri Rosmah dalam pembunuhan Atlantuya. Jadi bukankah ini bermakna Harakah juga Haram?

Penulis amat kesal dengan pucuk pimpinan PAS yang ternyata mudah mempermainkan soal Halal dan Haram demi kepentingan politik mereka. PAS ternyata tidak mampu untuk berlaku adil kepada rakyat, jauh sekali untuk berlaku adil di dalam hal ehwal agama. PAS juga penulis lihat bukanlah medium utama untuk memperjuangkan Agama Islam di Malaysia. PAS ternyata tidak layak untuk memikul tanggungjawab itu.

Mengeluarkan fatwa sesuka hati mereka. Mengelirukan para penyokong mereka dengan hal-hal yang mereka sendiri tidak pasti. Tindakan PAS pada kali ini jelas boleh menyimpang daripada ajaran Agama Islam. Menjatuhkan hukum dengan sesuka hati tanpa ada pertimbangan teliti mengenai sesuatu perihal.

Berhati-hati, atau PAS mungkin akan dilabel sebagai Parti Ajaran Sesat.

No comments:

Post a Comment