Jangan Berat Sebelah ! Islam Kena Adil !


Dalam Islam, kita kena adil dan saksama apabila memerintah sesebuah negara. Keadilan amat dituntut di dalam Islam. Maka diwujudkan undang-undang. Bagi panduan kepada seluruh umat manusia agar berlaku adil sesama manusia.

Bagi PAS dan barisan kepimpinannya tidak boleh bersikap berat sebelah atau buyers mengenai sesuatu perkara. Setiap isu, setiap kesalahan harus dipastikan saksi, bukti, yang ada bagi memenuhi syarat-syarat menjatuhkan hukuman kepada yang tertuduh.

Bila kerajaan dituduh, PAS merupakan barisan pertama yang akan bersuara lantang. Kononnya ingin menegakkan kebenaran. Menggesa pihak yang berkuasa untuk menjalankan siasatan, lalu bertindak. PAS suruh tubuhkan suruhanjaya siasatan untuk memastikan segala proses dijalankan dengan adil tanpa mengenepikan apa-apa fakta. PAS akan mengeluarkan fakta, fatwa dan hadis hasil daripada nukilan Tuan Guru Nik Aziz dan menggunakan pernyataannya bagi memerangi pihak kerajaan.

Bila masa presiden MCA didapati bersalah dengan skandal seks, PAS dengan lagaknya menyalahkan Kerajaan, tak pandai pilih pemimpin. Dalam laman web Harakah, macam-macam cerita, fatwa, hadis dikeluarkan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak menjalankan tugasnya.

Tapi bila Anwar Ibrahim sendiri yang terlibat dengan skandal seks? dengan video seks? apa reaksi PAS?

Hilang taring mereka, hilang segala fatwa mereka. Terus menuduh kerajaan tanpa sebarang bukti, terus menolak bukti yang ada demi kepentingan politik mereka.

Belum pun tengok video tu, dah kata palsu.
Belum pun tau siapa yang punya angkara video tu, dah kata kerajaan yang buat.

Jatuh hukuman sebelum dibicarakan..ini ke hukum islam yang PAS perjuangkan? Ini ke bentuk pentadbiran mereka jika PAS memerintah Malaysia?

Penulis menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia.

Demi kesejahteraan rakyat berbilang kaum !
Demi perpaduan rakyat
Demi kemajuan negara
Demi anak-anak kita

Bersama kita tolak Parti PAS yang ternyata PALSU !

Bersama kita menyokong BARISAN NASIONAL !!

No comments:

Post a Comment