Judi DiHalalkan Di Selangor. Apa Komen Nik Aziz ?


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri termasuk barisan Exco tidak pernah mengadakan perbincangan untuk melarang sebarang perniagaan judi termasuk nombor ramalan di Selangor seperti mana yang dilakukan di Kelantan ketika ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian Kerajaan Negeri sama ada bersedia mengharamkan perniagaan judi di negeri ini seperti mana yang dilakukan di Kelantan di bawah pentadbiran Pas.

Macam mana ni? Pakatan Rakyat tak sefahaman nampaknya. Khalid cakap Judi ok, Nik Aziz cakap tak ok. Yang mana satu ni? cakap siapa patut Pakatan Rakyat dengar? Ulama' ataupun Khalid?

Mana yang dikatakan sepakat? Tak nampak pun perpaduan diantara 3 parti ini.

Sebelum ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan PAS Kelantan supaya menarik balik pengharaman judi atas alasan aktiviti itu dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-undang Kerajaan Persekutuan termasuklah di Kelantan sendiri.

Karpal Singh pun tak puas hati. Ketiga-tiga parti tak sehaluan. Macam mana nak bersatu? boleh ke mereka ni teraju negara?

Apa pula komen Ulama' Tersohor Tuan Guru Nik Aziz dalam perkara ini? Jawab la..Ulama' kena adil dan saksama. Kalau cerita Barisan Nasional, cepat betul Nik Aziz komen dalam Harakah, dalam Facebook. Apa tunggu lagi. Sila beri komen wahai Tuan Guru...

5 comments:

  1. joi zul18/3/11

    aku hairan ada satu bos tempat aku keje dia orang kelantan dia punya banga kalau berjudi aku hairan daysat3

    ReplyDelete
  2. afhamNaqiuudin18/3/11

    Alhamdulilah syukur kpd Allah swt krn memberi kesejahteraan kpn negeri kelate dibwh pentadbiran Islam ini

    ReplyDelete
  3. khairulazwan18/3/11

    Mana ada orang yang maksum sekarang ni...orang melayu kelantan susah buat maksiat kat dalam kelantan. Bila keluar je terus buat maksiat. Nampak sangat negeri lain banyak tarikan maksiat...kalau nak jadi baik masuklah negeri kelantan.
    14 hours ago · Like · 4 people

    ReplyDelete
  4. kelatepower18/3/11

    Kita jange pelik - Kalu hok duk lawan Islam tu ore hok mengaku ore kelate - sbb kalu kita tengok zaman Nabi Muhammad s.a.w - Abu Jahal dulu - Ore Mekah nah ! - Bahkan berbangsa Arab pulak tu - Bukan setakat Judi bahkan Berhala pun puak2 ning sembah - Jadi duk pelik apa gak kalu ore kelate - Tok kira la namo gapo, setopa ko, awe adik ko, Dato Berahim ko kalu demo ning lawe Islam supo jah dengan puak2 Abu Jahal dulu.....

    ReplyDelete
  5. afhamNaqiuudin18/3/11

    kesian betul dgn orang yg yakin pada sesama makhluk ni...seolah2 makhluk ni lagi hebat dijadikan tempat berlindung dari ALLAH swt... bukan kah raja2 dan pembesar2 tu akan sakit dan mati jugak satu hari nanti..masa tu sape pulak yang jadi tempat berlindung dia???..raja2 dan pembesar2 tu pun tak bole menolong kita sikit pun kt akhirat nanti...dorang pun terkial2 dengan diri dorang sendiri....

    ReplyDelete