Penerangan Mengenai Hukum Hudud


Dah naik jemu dengar laungan pengikut taksub PAS mengenai Hukum HUDUD ini. Seringkali mereka memaki dan mencaci pihak Kerajaan kerana tidak mengamalkan undang-undang Islam.

TIDAK MENGAMALKAN UNDANG-UNDANG ISLAM !

Mereka ini sedar tak apa yang mereka cakap ni. Bila masa kerajaan kita tidak mengamalkan undang-undang islam.

Negara-negara Islam yang lain tidak banyak bezanya jika dilihat dari segi perundangannya. Malah sejak wafatnya Rasulullah SAW, perundangan Islam telah melalui pelbagai perubahan mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Sebagai seorang yang kononnya berjuang demi agama, pengikut taksub PAS harus memahami sejarah Perundangan Islam, dan bukannya hanya mengikut sahaja kata-kata Ulama' terkenal mereka. Laungan kerajaan menolak hukum Allah SWT adalah tidak berasas sama sekali.

Perubahan perundangan Islam ini boleh kita kategorikan di dalam 2 bahagian.

1. Shari'ah (Peraturan/Perundangan yang termaktub di dalam Al-Quran)
2. Fiqh ( Perundangan yang lebih terperinci mengikut kajian dan pandangan ahli sunnah dengan berpandukan Al-Quran. merangkumi perkara yang melibatkan kehidupan seseorang, pengurusan pentadbiran negara, politik negara, aspek kekeluargaan.

BAGAIMANA DENGAN HUDUD?

Hudud merupakan hukuman bagi sesetengah jenayah berat. Tetapi hukuman bagi sesuatu jenazah dikategorikan kepada 3

1. Hudud
2. Qisas
3. Ta'zir

Hudud adalah untuk jenayah seperti Bunuh,Mencuri, Zina, Minum Arak, khianat, Lanun, Rasuah. Untuk menentukan kesalahan tertuduh beberapa perkara harus dipastikan seperti Saksi, Pengakuan mangsa, Bukti bertulis yang ditinggalkan mangsa, Bukti bertulis yang diakui sendiri oleh tertuduh sebagai kepunyaannya. Kesemua ini harus dipastikan kesasihannya dahulu barulah tertuduh boleh dibicarakan dan seterusnya dihukum atas kesalahan tersebut.

Apa yang menjadi kesulitan, ada juga mazhab yang berpendirian si penuduh tiada hak untuk masuk campur ketika perbicaraan dijalankan. Malah ada juga yang berpendirian testimoni si penuduh tidak akan diterima jika penuduh itu merupakan mangsa kes.

Pendirian yang berbeza diantara 4 mazhab utama ini merupakan satu kesukaran dalam menentukan sesuatu kesalahan apatah lagi ingin menjatuhkan hukuman. Adalah mustahil untuk membuktikan sesuatu jenayah berlaku jika tiada saksi. Ini yang menjadikan si tertuduh akan dilepaskan daripada tuduhan kerana tiada saksi. Perkara ini boleh dikaji melalui kes Zina. Jika tiada saksi yang mencukupi maka tiada perbuatan zina.

Dengan itu Negara-negara Islam dari dulu sehingga kini telah pun mengkaji cara perundangan terbaik dengan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan. Apa yang lebih penting daripada menghukum adalah usaha menghindar perbuatan jenayah. Maka hukuman yang ada pada hari ini adalah bertujuan untuk peringatan kepada rakyat agar tidak mendekatkan diri dengan jenayah.

Ini dapat dilihat melalui terjemahan ayat Al Shura : 42:40 bermaksud : Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.

4 comments:

  1. YaniOldtimer18/3/11

    umat Islam wajib berjuang menegakan hukum Allah walaupun apa saja rintanggan............bagi sesiapa yang menolak jawablah diliang lahat nati..............MATI adalah pasti........lubang kubur menanti......

    ReplyDelete
  2. serampang2mata18/3/11

    Adoi..lesen arak pun ada kat kelantan..apa nak pelik. Orang tua nik aziz tu pun kata hasil cukai lesen anjing, lesen arak pun boleh digunakan untuk baiki jalan raya..buat bangunan...so apa mau pelik...

    ReplyDelete
  3. Anonymous18/3/11

    minta jasa rakan2 sekalian, tiap kali lepas solah semasa berdoa, di hujung doa itu kita sama-sama tambah sikit minta dgn Allah swt supaya tukarkan kerajaan yg ada sekarang kpd satu kerajaan yg lebih baik, yg menurut syiar islam dan semestinya mmberi 1001 perubahan dan kebaikan kepada rakyat (bukan org islam sahaja) supaya tiada yg terus terhimpit, teraniaya hatta tertindas, dan satu-satunya kerajaan di ngara ini yg menepati kriteria itu semestinya di bwh naungan mursyidul am kita,TGNA..Amin ya Allah

    ReplyDelete
  4. cempakasari18/3/11

    Mari kita berdoa agar Kerajaan Barisan Nasional akan tetap utuh dan dilimpahi rahmat Allah SWT. Minta dihindarkan daripada segala anasir-anasir perosak,pengkhianat,peliwat,pemutar fatwa demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

    ReplyDelete