PAS : Pelindung Anwar Selamanya


Nampaknya PAS pula menjadi kuda tunggangan Anwar Ibrahim. PAS sekarang terlalu sibuk untuk mempertahankan Anwar Ibrahim mengenai isu Video Seksnya yang dipaparkan kepada media semalam.

Mahfuz Omar pun sekarang dah bijak IT. Dia memang pakar dalam mengenali video yang di superimpose. Katanya lelaki di dalam video itu bukan Anwar, itu superimpose.

Jangan buat spekulasi lagi, suruh je Anwar bawa kes ini ke mahkamah. Sehebat mana pun superimpose tersebut, tetap ada cara untuk mengetahui kebenarannya. Superimpose tetap akan ada kelemahan kekal yang tak boleh diubah walau bagaimana cara sekalipun.

Para pengikut taksub PAS juga ramai dari golongan bijak pandai IT. Jadi mesti tahu apa yang penulis maksudkan.. Kita selesaikan di Mahkamah, dan dari situ kita boleh lihat siapa yang fitnah siapa.

Kes DNA belum lagi selesai. Dah timbul kes Video Seks. Tiada lagi ruang untuk Anwar menunjukkan belangnya. Mungkin akan ada lagi kejutan selepas ini??

No comments:

Post a Comment