PAS Semakin Terdesak untuk meraih sokongan !

Usaha Kerajaan Barisan Nasional dalam membantu para pelajar Mesir untuk pulang menyambung pelajaran nampaknya mendapat impak yang besar di kalangan rakyat Malaysia. Ini jelas menunjukkan keperihatinan pihak kerajaan terhadap rakyat. Jumlah RM50 Juta telah digunakan sepanjang proses membawa pulang pelajar ke Malaysia dan juga penghantaran pelajar kembali ke Mesir. Terima kasih kepada pihak-pihak yang saling bantu membantu di dalam usaha murni ini. Jelas perpaduan yang erat sesama kita memungkinkan pencapaian dan kejayaan dalam apa jua usaha.

Tetapi nampaknya masih ada pihak yang iri hati dengan usaha murni pihak kerajaan. Suara-suara sumbang yang dengki dan tidak berpuas hati selalu didengari melalui celah-celah pemimpin serta penyokong tegar PAS. Segala usaha kerajaan tidak langsung diendahkan, malah pemimpin kita dicaci dan dihina.

Ternyata perkara ini berpunca daripada kerisauan, dan ketakutan pucuk pimpinan parti PAS kerana hal ini jelas menunjukkan perubahan peningkatan peratus sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Dengan keputusan tewas bergaya Parti PAS di Pilihan Raya Kecil membuatkan pucuk pimpinannya tidak senang duduk. Mereka risau jika negeri yang mereka tawan akan kembali ke pihak Barisan Nasional di Pilihan Raya Utama 13 nanti.

Kini mereka telah pun melancarkan serangan balas tanpa henti terhadap Barisan Nasional. Maka keluarlah segala fitnah terhadap pemimpin negara. Malah pengeluaran Fatwa sesuka hati oleh Ulama' mereka juga digunakan sepenuhnya bagi mengelirukan rakyat Malaysia. Yang terbaru, mereka telah pun menghantar wakil mereka ke Mesir bagi memberi sedikit bantuan kewangan. Mengikut maklumat, seramai 200 pelajar telah menerima bantuan tersebut. Kesasihan berita ini tidak dapat dipastikan.

Semestinya peluang ini digunakan PAS untuk menyampaikan ceramah atau dakwah fitnah mereka kepada pelajar di sana terhadap kerajaan Barisan Nasional. Semestinya segala hadis, dan fatwa daripada Tuan Guru Nik Aziz diguna pakai bagi mengiyakan dakwaan-dakwaan yang tidak benar oleh PAS kepada kerajaan. Jelas kini mereka telah terdesak untuk mencari sokongan rakyat sebelum tibanya PRU ke 13 nanti.

Tetapi penulis yakin, Barisan Nasional tetap akan memenangi PRU13 dengan kejayaan yang besar. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment