Bob Lokman Tuduh Kerajaan Zalim Kepada Rakyat


Bekas Penulis lirik, pencipta lagu dan pelakun, Bob Lokman memberitahu, tugas beliau kini adalah untuk membantu Pakatan Rakyat khasnya PAS ke Putrajaya.

Bob Lokman juga kini amat lantang mengkritik rakan-rakan artisnya yang dahulu merupakan rakan-rakan seperjuangannya. "Pencipta lagu dan lirik, ketika mendapat ilham terus sahaja mencatat tanpa berteraskan syariat yang dibenarkan asalkan penyusunan ayatnya bernas di tambah pula melodinya yang boleh mengkhayalkan pendengar."

"Keluar dari alam glomour bukan mudah tambahan lagi aktif bersama PAS berceramah sana sini dengan tujuan menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang zalim terhadap rakyat bawahan," kata beliau.

Buat Bob Lokman, Niat untuk berubah biarlah ikhlas, jika sudah sedar akan kejahilan diri, bertaubat sahaja lah. Jika benar-benar ikhlas untuk kembali ke jalan yang lurus, tak perlulah Bob heboh pada satu Malaysia. Dalam Islam, kita tak boleh menunjuk-nunjuk. Kalau sembahyang, kita tak perlu lah nak kabor pada semua orang. Itu dah kira menunjuk. Tak sah sembahyang itu.

Bob Lokman juga janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit. Selama dia berkecimpung di dalam dunia seni, kerajaanlah yang banyak memberi peluang kepadanya. Walaupun dia rasa dirinya dulu hina sehinanya, tetapi janganlah diheret sekali Kerajaan Barisan Nasional. Selama ini pun keluarganya banyak dibantu oleh Kerajaan. Bagaimana yang dikatakan Kerajaan bertindak Zalim kepada Rakyat?

Apa yang kita nampak, Bob Lokman jelas ada kepentingan peribadi dalam perubahannya kini. Tindakannya menyertai PAS bukanlah kerana kesedaran, tetapi mungkin ada habuan yang dijanjikan PAS untuknya. Mungkin juga dia telah dijanjikan jawatan tinggi jika PR dapat menguasai Putrajaya.

1 comment:

  1. Anonymous27/5/11

    Bob lokman ni memang bengong, mana ada BN suruh dia pegang2 pompuan ka, buat lirik khayal ka, itu diri sendiri punya nafsu. Dah insaf bagus la.tapi tak payah tabur fitnah bukan2..meluat aku tengok mamat sekor ni.

    ReplyDelete