Hebat! Mat Sabu dan Nik Aziz Ajar Sumbang Mahram!


Apakah realiti sebenar Negeri Kelantan. Jika Nik Aziz menggelarnya sebagai Serambi Mekah, sudah pasti Kelantan merupakan negeri yang bersih dan suci, sesuai bagi menjadi negeri kediaman umat Islam di Malaysia.

Kelantan juga tidak mempunyai banyak Masjid berbanding negeri lain. Alasannya? kerana adalah lebih baik untuk memenuhkan satu Masjid daripada tiada langsung yang datang menunaikan solat berjemaah. Hebat sekali Kelantan!

Kuliah agama oleh Nik Aziz sentiasa menjadi perhatian warga Kelantan. Banyak ilmu yang mereka dapat daripada kuliah-kuliah tersebut.

Tapi apa sebenarnya yang dipelajari mereka? Kini dengan bantuan seorang Penzina yang telah diangkat menjadi pemimpin ke dua Parti PAS, kuliah-kuliah agama semakin diminati oleh warga Kelantan. Apa yang boleh dipelajari dari seorang Penzina ini?

SUMBANG MAHRAM !!!

Di Kota Bahru, seorang lelaki telah dikenakan hukuman penjara dan denda kerana telah melakukan perbuatan sumbang mahram bersama anak perempuannya yang kini berusia 25 tahun. Mereka telah tinggal bersama malah hasil daripada hubungan terlarang itu, mereka mempunyai 3 orang anak!. Setelah bertahun-tahun hidup bergelumang dengan dosa, akhirnya mereka telah berjaya ditahan oleh anggota penguatkuasa agama Tumpat.

Pelik...Kelantan kan negeri kuat agamanya. Apa yang rakyat alim ulama mereka buat selama ini? perkara serius begini pun tidak dapat mereka halang dengan segera. Adakah kerana faktor leka? Lalai? atau tidak peduli?

Ajaran apakah yang rakyat Kelantan terima selama ini? Apakah yang bakal berlaku kelak apabila kini mereka telah bertuankan seorang Penzina?

PANAS ! Nik Aziz Guna Duit Derma Surau Untuk Keluarganya !


Pertunangan diantara anak Dato' Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dengan Daniyar Nazarbayev yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev telah mendapat pelbagai ulasan negatif daripada pihak pembangkang yang kelihatan sedang kekurangan isu untuk menghentam kerajaan.

Persoalan adakah Dato' Seri Najib menggunakan duit rakyat bagi membiyai majlis pertunangan tersebut adalah tidak seharusnya dijadikan isu oleh pihak pembangkang. Ini menunjukkan tahap intelektual mereka masih berada jauh ketinggalan berbanding ahli-ahli Barisan Nasional. Maka tidak hairanlah jika isu menggunakan wang rakyat ini timbul.

Pernahkah mereka terfikir darimana Nik Aziz mendapat sumber kewangan bagi mengadakan majlis perkahwinan anaknya? Dari mana Anwar Ibrahim mendapat sumber kewangan bagi perkahwinan Nurul Izzah?

Dato' Seri Najib Tun Razak menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia, maka bukanlah satu perkara yang pelik jika beliau mempunyai sumber kewangannya tersendiri. Daripada gaji yang diterima beliau setiap bulan sahaja boleh menampung perbelanjaan pertunangan anaknya.

Pihak pembangkang menuduh Dato' Seri Najib menggunakan wang rakyat bagi tujuan pertunangan tersebut. Dikatakan juga nota pembelian telah dikeluarkan oleh pihak hotel yang terlibat dan dikeluarkan ke atas nama Jabatan Perdana Menteri.

Itu hanya kata-kata kosong! jika benar, sila buktikan! buat satu salinan nota tersebut, dan tunjukkan kepada rakyat! Barulah rakyat boleh percaya.

Saya juga ada mendengar Nik Aziz dan Anwar Ibrahim telah menggunakan duit derma surau daripada orang ramai bagi membiyai majlis perkahwinan anak mereka. Nik Aziz telah mengarahkan agar setiap kutipan tabung derma yang diperolehi di Kelantan, dikumpulkan dan digunakan bagi majlis anaknya itu.

Semua orang boleh bercakap! Semua orang boleh mereka cerita! yang penting, ada bukti ke? Kalau ada barulah cakap. Ini sekadar mahu menimbulkan isu dengan memfitnah Dato' Seri Najib. Ini sudah salah !


Lina Joy Masuk PAS ??


Nampaknya PAS tetap ingin membantu dan menyertai Perhimpunan Haram Bersih yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Perhimpunan anjuran Datuk Ambiga Sreenevasan itu kini mendapat sokongan daripada para-para Ulama PAS yang kini menjadikan Datuk Ambiga sebagai seorang pejuang kebebasan rakyat.

Siapa Datuk Ambiga pada PAS satu ketika dahulu? Datuk Ambiga adalah salah seorang penyokong tegar IFC (Majlis Antara Agama) yang pernah menyuarakan agar agama islam dan agama lain diberi taraf sama rata. Malah kes Murtad Lina Joy yang dahulunya ditentang kuat oleh Ulama PAS adalah salah satu agenda utama Datuk Ambiga.

Adakah ini bermakna PAS sudah lupa akan usaha Datuk Ambiga untuk berterusan mempertahankan Lina Joy? Bagaimana satu parti Islam boleh bersekongkol dengan penjahanam agama Islam dan umatnya?

Adakah jika Rasulullah SAW masih hidup ketika ini, baginda akan gembira melihat tindakan PAS kini? adakah Kelantan layak digelar Serambi Mekah?

Kini? Ulama PAS dan para penyokong butanya telah berpaling daripada ajaran agama Islam yang mereka perjuangkan selama ini. Dengan sokongan padu kepada Datuk Ambiga, jelaslah bahawa PAS adalah sebuah parti yang diumpamakan seperti lalang, mudah dibentuk dan dilentuk. Tiada daya sendiri. Mudah dibeli dengan janji kuasa dan wang ringgit.

Bermula daripada Perjuangan Negara Islam yang kini diubah menjadi Negara Berkebajikan, kemudian perubahan barisan kepimpinan PAS yang tidak lagi dikuasai oleh golongan Ulama, malah kini dipenuhi dengan barisan kepimpinan yang dipengaruhi Anwar Ibrahim. Kini PAS tidak lagi dipandang tinggi oleh pihak Barisan Nasional. PAS kini sudah kehilangan taringnya dan mereka lebih rela untuk menjadi budak suruhan DAP dan PKR.

PAS tidak mungkin akan menjadi Ketua kepada Pakatan Rakyat. Melihat segala perubahan yang berlaku kepada PAS kini, jelas menunjukkan PAS sudah hilang arah tuju, dan amat sukar untuk mereka berpatah kembali.

Pendedahan : Ulama "Kantoi" Baca Al Quran?


Seorang yang mendakwa dirinya sebagai golongan Ulama harus menepati kriteria sebagai seorang Ulama Islam yang disegani. Pemahaman mengenai Al Quran secara keseluruhan harus menjadi satu keutamaan bagi memastikan ajaran, nasihat yang diberikan kepada orang lain adalah berlandaskan syariat Agama Islam yang sebenar.

Apakah gelaran yang harus kita berikan kepada golongan yang hanya pandai berpura-pura menguasai intipati Al Quran, sedangkan dirinya sendiri masih boleh layak digelar belum Khatam sekalipun?

Selama lebih 20 tahun seorang Ulama ini menjadi peneraju sebuah negeri yang mendakwa hanya negeri mereka sahaja yang berlandaskan hukum hakam agama Islam yang sejati. Selama itu jugalah ulama ini begitu lantang mengkritik para pemimpin Islam yang lain, memperkecilkan mereka, menghina, mencaci, mengkafirkan orang islam yang lain hanya kerana Ulama ini berpendapat orang lain tidak seIslam dirinya.

Kini, apabila diuji oleh barisan rakan-rakan yang kononnya satu perjuangan, Ulama ini dilihat semakin goyah pendiriannya. Jika selama ini agama Islam dan undang-undang Hudud menjadi keutamaannya di setiap perjumpaan, di setiap ceramah, tetapi kini tidak lagi!

Adalah difahamkan Ulama tersebut telah memberikan alasan untuk menyemak kembali intipati Surah Al Baqarah apabila ditanya mengenai peralihan pendirian dirinya dan juga partinya dimana kini parti tersebut telah menggugurkan perjuangan membina sebuah negara Islam disamping menggunakan hukum hudud.

Kini Ulama itu berkata, apabila disemak semula intipati Surah Al Baqarah tersebut, tidak ada satu pun pernyataan yang menyebut perkataan sebuah Negara Islam. Malah dakwanya hanya ada ayat Sebuah Negara Berkebajikan sahaja.

Pelik bukan? adakah ini bermakna selama ini Ulama tersebut sebenarnya telah tersilap tafsir?
Jadi adakah perjuangan penubuhan sebuah negara Islam selama ini adalah suatu usaha yang sia-sia? kerana ianya tiada di dalam Al Quran? dan tidak dituntut di dalam Al Quran?

Ini juga bermakna selama ini para penyokong PAS nampaknya sudah tersilap pilih guru! Amat menyedihkan apabila masih ada lagi manusia yang hanya tahu mengikut daripada belajar.

Kalau Nak Mengikut Biar Berakal....

Kalau Nak Menurut Biar Pintar....

Bongkar ! Penipuan Nik Aziz Selama 20 Tahun !


Nik Abdul Aziz mendakwa kegagalan Kelantan untuk menjalankan hukum Hudud adalah kerana tentangan daripada pihak kerajaan Barisan Nasional, UMNO dan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu. Nik Aziz juga mendakwa beliau telah diugut oleh Tun Mahathir di dalam satu surat yang bertarikh 8 Jun 1994, dimana Nik Aziz menyatakan Tun Mahathir telah memberi amaran bahawa kerajaan pusat akan mengambil tindakan tegas terhadap Kelantan jika Hukum Hudud dilaksanakan.

Adakah Nik Aziz sudah lupa akan perjumpaannya bersama para blogger pakatan pembangkang di Hotel Grand Season tidak lama dahulu? dimana Nik Aziz berjanji untuk mempamerkan surat Tun Mahathir tersebut kepada mereka. Jadi di mana suratnya? nampaknya Nik Aziz juga telah mengikut jejak langkah idola pujaannya Anwar Ibrahim. Hanya tahu menjual janji-janji kosong, apabila tiba saatnya, batang hidung pun tak nampak!


Di sini akan saya paparkan kandungan surat Tun Mahathir kepada Nik Aziz bertarikh 8 JUN 1994. (Kandungan diambil daripada blog Mulutmelayu-realiti.blogspot.com)


YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994


Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan(al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).”Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui,KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya di zaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan di sini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Di samping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:-

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secocok dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia di waktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi di sebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam . Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan di negara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994


Di sini jelas dilihat bahawa Tun Mahathir telah menerangkan sebab musabab mengapa Hukum Hudud tidak sesuai untuk dilaksanakan di negeri-negeri pentadbiran Barisan Nasional. Dapat kita rumuskan juga, Nik Aziz sendiri tidak berapa arif mengenai hukum hudud tersebut dan terus menerus menipu rakyat dengan menyalahkan Barisan Nasional di atas kegagalan Kelantan.


Jika ada yang merasakan bahawa surat di atas adalah palsu, anda semua dialu-alukan untuk membuktikannya. Sekian..


Pasukan Erdogan Anwar Menguasai PAS

Keputusan rasmi pemilihan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat
dalam Mukhtamar PAS kali ke 57


Presiden
YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Naib Presiden
Hj Mohd Sabu(420 undi)

Naib Presiden
YB Dato' Husam Musa (660 undi)
YB Dato' Mahfuz Omar (616 undi)
YB Dato' Salahuddin Ayub (753 undi)

AJK
Nampaknya keputusan ini menunjukkan bahawa Perjuangan PAS yang dipimpin oleh kepimpinan Ulama kini telah terkubur. Jelas menampakknya kumpulan Pro Anwar sudah berjaya menguasai PAS. Walaupun presiden PAS tetap Abdul Hadi Awang, namun jika kita lihat barisan kepimpinan penasihat presiden PAS telah dikuasai oleh puak erdogan dan ini bermakna Anwar Ibrahim secara tidak langsung telah berjaya menguasai PAS.

Kini jelas, Perjuangan PAS akan mengalami satu transformasi yang besar. Adakah PAS akan tetap memperjuangkan Agama Islam atau PAS akan terus memperjuangkan politik peribadi Anwar Ibrahim?

Namun segalanya telah terjadi. Undian telah pun diberikan. Para ahli PAS hanya mampu melihat perubahan yang bakal dialami Parti PAS.

Bagaimana Nak Memerintah Kalau Perkara Mudah Pun Dah Kelam Kabut ?


Parti PAS telah membuktikan bahawa mereka tidak mampu untuk mentadbir negara. Seperti yang kita semua sedia maklum, parti tersebut sedang mengadakan sidang muktamar PAS dan sudah pun selesai menjalani pengundian bagi pemilihan kepimpinan parti tersebut. Adalah difahamkan bahawa hanya 1077 perwakilan sahaja yang terlibat di dalam proses pengundian bagi memilih ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat bagi sessi 2011/2013.

Namun apa yang mengejutkan, keputusan pengudian itu tidak dapat diumumkan semalam, malah ianya telah ditunda pada hari ini.

Keputusan tertunda tersebut adalah melibatkan jawatan Timbalan Presiden di antara pemangkunya, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu. Manakala Naib Presiden pula adalah enam orang yang bertanding untuk merebut tiga kerusi. Mereka ialah Husam Musa, Idris Ahmad, Mahfuz Omar, Mohd Amar Abdullah, Mohammad Nizar Jamaluddin dan Salahuddin Ayub.

Pelik..adakah begitu lama sekali untuk mengira jumlah undian yang hanya melibatkan 1077 perwakilan? Apakah alasan yang diberikan kepada seluruh perwakilan atas tindakan ini?

Jika perkara sekecil ini, PAS sudah mula tidak tentu arah, bagaimana hendak mentadbir sesebuah negara? PAS berani mempertikaikan proses pengundian di Malaysia. PAS berani mempertikaikan SPR tetapi PAS sendiri tidak mampu untuk mengatur proses pengundian dengan berkesan.

Apa akan jadi jika PAS yang mengetuai proses perkiraan undi Pilihan Raya Umum? adakah ianya akan mengambil masa sehingga 2 atau 3 minggu untuk rakyat mendapat keputusannya?

Adakah proses pengiraan undi yang lambat sebegini menunjukkan pucuk pimpinan PAS mempunyai agenda mereka tersendiri? adakah ada pihak-pihak tertentu yang berkepentingan akan cuba untuk memastikan bahawa jumlah undi akan berpihak kepada mereka?

Ada berita mengatakan tujuan PAS menunda keputusan undian tersebut kepada hari ini adalah kerana mereka bimbang jika dewan akan menjadi kosong jika keputusan diumumkan semalam.

Adakah PAS tidak yakin dengan perwakilan mereka sendiri? Jika benar, ini menunjukkan sikap perwakilan PAS yang tidak serius dalam memperjuangkan parti. Ianya seperti satu usaha yang dilihat hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Selesai undi, terus pulang.

Terkini ! Video 4 Sudut Berlainan. Superimpose ?

Video terkini yang diambil daripada 4 sudut berbeza. Jika dilihat dengan teliti, pergerakan di setiap video tersebut adalah sekata. Adakah dengan tersebarnya video terbaru ini, pihak PAS akan tetap mempertahankan Anwar Ibrahim. Adakah video ini juga hasil daripada teknik Superimpose sepertimana dakwaan PAS?

Bagaimana mungkin 4 sudut berlainan boleh terdapat pergerakan yang begitu sekata dan sempurna? Adalah mustahil utk melakukan teknik superimpose yang begitu sempurna daripada pelbagai sudut.

Para penyokong Anwar Ibrahim seharusnya sedar, mereka hanya dipergunakan Anwar Ibrahim bagi tujuan menyelamatkan dirinya sahaja.

Saksikan, dan nilai sendiri..

Siapa Kata Harakah Tak Buat Berita Fitnah ?


Adakah akhbar Harakah juga bersifat Maksum seperti Ulama mereka juga sehingga dikatakan akhbar tersebut tidak pernah mengeluarkan sebarang berita berunsur fitnah?

Betul ke?

Ingat lagi masa tengah sibuk dengan pilihanraya di Sarawak? Harakah ada keluarkan gambar Umi Hafilda yang didakwa mereka menunjukkan isyarat lucah! Akhirnya didapati Harakah dengan sengaja telah menggunakan teknik pertindihan gambar bagi mengubah gambar Umi Hafilda.

Itu bukan Fitnah Ke?

Apa pula isu Sekarang?

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah menfailkan saman ke atas tabloid rasmi PAS, Harakah untuk menghentikan sebarang fitnah atau usaha untuk merosakkan imejnya. Selain Harakah, turut disaman adalah wartawannya, Sabri Said, Ketua Editor, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Timbalan Ketua Cabang PKR Bukit Mertajam dan Setiausaha Cabang PKR Jelutong.

Harakah edisi 20-22 Mei mendakwa Aminah telah mendesak Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR agar meminta cerai dan meninggalkan suaminya, Anwar Ibrahim.

Ini barulah tindakan orang yang berani membuktikan dirinya tidak bersalah! Bukan macam Anwar Ibrahim idola kesayangan Ulama Nik Aziz. Pengecut...dia pandai bagi alasan sahaja..

Bila dah tahu diri tidak bersalah, apa tunggu lagi? Saman sahaja! Tak perlu bagi alasan macam-macam. Yang penting berani kerana benar!